July 04, 2014

Gerai Hilang Dari Pandangan

Kisah ni berlaku seminggu-dua sebelum umat Islam mula berpuasa. Aku singgah digerai seorang kakak dari negeri Cik Siti Wan Kembang, hairan, tidak seperti selalu....Hanya ada dua dan tiga orang pelanggan termasuk aku yg singgah membeli. Rasa pelik itu aku suarakan pada kakak tersebut bersama seorang lagi rakan perniagaannya. Biasa gerainya penuh malah hampir atau lebih sepuluh orang mengelilingi gerai menunggu giliran untuk mendapatkan makanan termasuk kuih-muih selain nasi, laksam, dan pelbagai lagi. Sampaikan kadang² aku malas berhenti sebab ramai sangat orang. Gerai ni dekat saja dengan rumahku. Kebersihan dan sikap peramah kakak berdua ni buat aku selesa. Selalu juga jemaah masjid singgah digerai ini dipagi hari.

Gambar Hiasan Duniawi

Gerai berdekatan pula penuh pelanggan membeli. Tapi aku hanya sekali atau dua kali singgah disitu. Aku tidak selesa digerai lain. Walaupun ada beberapa pilihan gerai dengan pelbagai juadah. Aku mementingkan air muka peniaga selain kesedapan makanan yg dijual. Kalau muka masam dan agak sombong, memang pertama dan terakhir lah aku jejak gerai/kedai tersebut. Ingat pepatah cina ada menyebut, lebih kurang berbunyi "Jika kamu tidak mampu menjual senyuman, usah berniaga."

"Nampak tak gerai akak?" Tanya kakak berdua tersebut sejurus aku berdiri didepan mereka. Aku tersenyum dengan wajah hairan. "Kak, mana pelanggan? Tak pernah macam ni. Biasa ramai orang?' Suaraku kehairanan. Kakak berdua tersebut tersenyum kelat. Dengan wajah yang bagai kecewa? Makanan penuh dimeja tidak seperti selalu ada saja bekas yang kosong atau hampir kosong. Kehabisan makanan.

"Itulah, mungkin sebab nak puasa." Jawab mereka. "Tapi pelik kan, tak pernah macam ni." Sambungnya lagi menyuarakan apa yg aku rasa. Orang lain pun nak puasa juga, tapi gerai mereka penuh. "Akak, saya bukan apa, adik ipar saya dan kakaknya pernah masa berniaga orang tak nampak gerai mereka.' Ucap aku pula menakut-nakutkan mengingatkan mereka. "Kata pelanggan adik saya, tidak nampak gerai mereka buka. Setiap kali lalu mesti tutup. Hanya gerai sebelah buka." Sambungku lagi sambil membungkus makanan kedlm plastik. Walhal, adik ipar aku dan kakaknya setiap hari berniaga. Macam kes kakak cik siti wan kembang ni lah. Hari2 buka, kecuali hari Selasa. Tapi mengapa ada yang cakap tutup? Tak nampak gerai mereka pun. Pelik kan?

Sekarang adik ipar aku dan kakaknya dah tak buka gerai lagi. Dah lama berhenti, sejak kahwin dengan adik lelakiku, adik aku tak benarkan dia berniaga. Kakaknya pula selepas tu buka restoran.

Gambar tiada kena-mengena

"Sebenarnya, memang ada pelanggan bagitau akak....tak nampak gerai akak. Bila lalu tutup. Itu yang akak tanya tu." Aku terdiam seketika. Namun perbualan kami tidak lama memandangkan aku perlu mengejar masa ke tempat kerja kesayanganku ini. Esoknya aku lalu lagi pelanggan masih sama. Hanya ada dua-tiga orang. Dan hari berikutnya aku lalu gerai tersebut tutup......ini bukan kali pertama aku nampak gerai kakak ni tutup, sebelum ni aku pernah lalu nak singgah untuk beli breakfast, tapi gerai kakak ni tutup. "Maybe kakak ni balik kampung atau ada hal agaknya." Bisik hati aku.

Namun aku tak ceritakan pada kakak tu yang aku nampak gerai dia tutup.....sebab aku yakin dia tutup sebab dia ada hal. Hinggalah bila dia ceritakan hal ini dan aku lihat sendiri pelanggan tiada baru aku terfikir tentang hal tutup tersebut. Wallahuaklam.

Macam kes adik ipar aku, gerai mereka pulih semula selepas berjumpa dengan ustaz dan minta mereka tengokkan. Kes kakak ni pula aku tak pasti sebab Ramadhan dah bermula. Jadi, tak berpeluang utk berbual dgn dia lagi. Aku harap tiada yang tidak diingini berlaku walaupun banyak kes dengki-mendengki berlaku dalam bisnes. Tutup periuk nasi orang lain. Cukuplah Allah saja yg Menolong kita. Semua orang ada rezeki masing², usah dengki dan tutup periuk nasi orang lain dengan cara yang tidak sihat.

No comments: