July 26, 2014

Indahnya Suasana Raya di Jengka 16

Hamboihh tajuk artikel, memang sangat tinggi derajatnya kan, Tapi sebenarnya suasana di sini masih tetap sama dari zaman mak2-abah aku muda, sampailah sekarang dah bercucu. Air selalu tak ada, jalanraya dari Temerloh ke Bandar Jengka pula sempit walaupun kereta banyak dan sibuk terutama musim perayaan. Inilah negeri Pahang kelahiranku.


 Gambar wikimapia.org

Aku sekarang berada di Jengka 16, Insyaallah raya kedua atau petang raya pertama balik Merapoh pula.

Semalam aku bertolak pukul 6 dari Kajang, dan sampai ke rumah jengka hampir sepuluh malam. Biasa kalau bertolak ke jengka ni aku ambil masa dua jam setengah.Tapi malam tadi lebih-kurang 4 jam. Kereta memang banyak, dan beberapa kali kenderaan bergerak perlahan dilebuh-raya karak.

Nasib baik lebuhraya LPT lancar, cuma aku jeling di hentian rehat semuanya penuh dengan kereta.....memang cari penyakit kalau setakat berhenti untuk beli air atau apa-apa yang tidak penting. Sebab itulah aku awal2 lagi dah isi minyak masa di KL dan beli air mineral. Kenapa nak cari risiko sesak ketika dalam perjalanan? Itu yang aku fikir.

No comments: