July 26, 2014

Kemalangan di Jengka 18

Hari ni aktivitiku bersama keluarga ku ialah berjalan ke Temerloh. Untunglah kami tak ke Bandar Jengka, sebab adik aku baru balik dari Bandar Jengka, katanya trafik sesak, penuh dengan orang ramai yg keluar membeli-belah. Siapa lagi kalau bukan warga jengka, termasuk anak-anak peneroka jengka seperti kami yg pulang bercuti.........

Jalan Jengka yg sempit dan bertampal²  - Gambar Khabarpahang.blogspot

Kat Temerloh, Alhamdulillah tak sesesak Bandar Jengka. Hari besok tak tahulah. Lagipun kami pun tak ada sebarang rancangan untuk keluar. Maybe stay kat rumah saja, Insyaallah.

Ketika dalam perjalanan ke Temerloh tadi ada kemalangan baru berlaku di Jengka 18. Keadaan kereta Nampak remuk, orang pun ramai yang berhenti. Kami hanya memperlahankan kenderaan. Tak tahu pula bagaimana keadaan mangsa kemalangan.

Aku doakan semoga Allah menyelamatkan dan mempermudahkan segala urusan mangsa kemalangan tersebut. Paling penting, semoga dia tidak mengalami kecederaan yg teruk. Harta boleh dicari tapi bukan kesihatan dan nyawa....ia adalah nikmat terbesar dari yg Maha Kuasa Allah SWT yang tiada tukar-ganti. Berilah segunung emas pun, takkan mampu membeli kesihatan.

No comments: