July 30, 2014

Kemalangan Ngeri Hari Raya

Aku baru saja balik dari Merapoh. Hanya dua hari beraya bersama nenekku di kg. Aku balik dari Jengka 16 ke Merapoh semalam, raya kedua. Sekarang dah pun berada di Kajang, aku sampai kat rumah ni lebih-kurang pukul 9.30malam tadi. Besok raya keempat dah mula menjalankan tugas di tempat kerjaku yg tercinta. Insyaallah.

gambar kemalangan ngeri ditempat lain - gambar iniklguapunya.blogspot

Semalam dan hari ni aku hanya berjalan dirumah ibu-ibu saudaraku. Samalah juga masa di Jengka 16 hari raya pertama hari tu...kami cuma berjalan kerumah saudara-mara. Raya tak semeriah mana bagiku....mungkin kerana jauh dari yg tersayang...?

Masa di Merapoh aku berbual dengan adik sepupu lelaki. Katanya, abg kawannya baru saja meninggal malam raya pertama hari tu akibat kemalangan. Kedua2 mangsa kemalangan yg bertembung sesama sendiri itu meninggal ditempat kejadian. Mereka mengalami kecederaan yang sangat serious. Sebahagian otak berkecai dan seorang lagi hati hancur ditusuk tulang rusuk. Yang menyedihkan, seramai-ramai itu yg bermotor-bersukaria bersama mangsa kemalangan ini, apabila saja terjadi kemalangan ngeri tersebut mereka semua lari menghilangkan diri, yang tinggal hanya beberapa orang kawan yang menemani mayat. Huh, itukah kawan? Yer, kawan duniawi. Kawan hanya ketika berseronok.

Kedua-dua mangsa kemalangan ini adalah lepasan sekolah dan masih muda-remaja dikebumikan pada hari raya pertama kelmarin. Takziah kepada keluarga mereka. Hari lebaran ini adalah hari yg menyedihkan bagi keluarga mereka.

Sebelum balik ke Kajang aku sempat berpesan pada adik2 sepupu lelakiku agar tidak merempit, berlumba, dan menunggang laju motorsikal. Jangan sia2kan nyawa yg dianugerahkan Allah SWT kepada kita. Aku juga sempat mengingatkan adik sepupuku, agar dia 'sound' kawan2nya yg gian merempit supaya hentikan saja perbuatan penyumbang bunuh diri yang sia-sia itu. Tak ada manfaatnya! Hanya membuang masa dan menambah dosa.
ASY-SYAHID MAHMOUD AL MABHOUH. Mujahid dari Pasukan Brigade Izzudin Al Qassam,Palestine.

Kalau nak sangat 'mati free' pergi saja Palestine dan berjuang bersama tentera Hamas Palestine Al-Qassam yg hebat itu. Kalau mati pun berbaloi kerana Insyaallah Syahid dan dicintai, diredhai Allah SWT. Syurga pun menanti. Kalau mati merempit apa yang dapat............? Sedangkan memandu laju pun, jika kemalangan dan maut ada ulama yang menfatwakan sebagai 'bunuh diri' jadi, fikir-fikirkanlah bagaimana pula kalau berlumba atau merempit perbuatan yang sia-sia itu? Tentulah lebih teruk dan buruk lagi akibatnya dunia dan akhirat.

No comments: