July 17, 2014

Kulit Hitam Itu Hodoh

Pelunturan kulit mungkin asing bagi kita rakyat Malaysia, khususnya umat Islam. Tetapi tidak dikalangan warga Africa, Nigeria, dan negara-negara seumpamanya. Rawatan ini sangat terkenal dikalangan kebanyakkan wanita rakyat berkulit hitam, termasuk artis-artis terkenal kulit hitam. Bagi mereka, salah satu sebab mengapa mereka berani memilih rawatan pelunturan ini kerana beranggapan kulit hitam itu hodoh dan buruk. Berasa rendah diri kerana berkulit hitam.


Hakikatnya, perawatan ini walaupun bukan baru dan semakin mendapat tempat dihati pengguna kulit hitam rawatan ini mempunyai kesan jangka panjang dimana boleh menyebabkan kanser kulit.

Malah banyak kes kulit melecur terbakar, jangkitan kulit, tekanan darah, dan pelbagai lagi  kesan sampingan rawatan pelunturan ini.

Nasihatku kepada sesiapa yg ada menyimpan hasrat untuk berkulit putih menggunakan 'skin bleaching' ini lupakan saja. Cantik dan lawa anda bukan terletak pada warna kulit. Tapi pada keyakinan diri dan akhlak yg cantik, serta wajah yg sentiasa manis tersenyum. Ramai kan wanita berkulit hitam tapi cantik? Apa yang penting keyakinan diri dan sentiasa mengsyukuri nikmat Allah SWT.




No comments: