July 18, 2014

Malaysia Airlines MH17 Boeing 777 Terhempas Ditembak

Innalillahi wainnalilla hirojiun. Remuk-redam perasaanku. Apatah lagi keluarga mangsa.... :'(

Pesawat Airlines Malaysia yg membawa penumpang seramai 298 orang iaitu 283 orang penumpang, dan 15 anak kapal, dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur telah terhempas malam tadi waktu tempatan dipercayai selepas ditembak di sempadan Timur Ukraine. Kejadian dipercayai mempunyai kaitan dengan krisis politik dan pemberontakkan di Ukraine. Berita disahkan oleh Jabatan Penerbangan Awam DCA. Laporan ini aku petik dari Sinarharian.


 







Fakta: MH17 kali pertama diterbangkan pada 17/7/1997, terhempas pada tarikh 17/7/2014 iaitu genap ulang tahun ke-17 penerbangan itu.










Sangat menyedihkan, setiapkali bala-bencana menimpa rakyat yg menjadi mangsa. Jika dulu MH370 hilang hingga kini tidak diketahui nasib, kini MH17 pula ditembak. Takziah kepada seluruh keluarga mangsa tidak kira samaada dari Malaysia atau mana² negara yg menaiki pesawat malang ini. Berita ini pasti memilukan seluruh keluarga, teman² dan saudara-mara mereka.

A commercial plane carrying 295 people was shot down between the Ukrainian and Russian border Thursday and officials and separatists both have denied responsibility, according to sources quoted by the Associated Press.

“Armed Forces of Ukraine did not take action against any airborne targets,” Ukraine president Petro Poroshenko said. - Sumber liveleak.com



No comments: