July 24, 2014

Mazidul Akmal Masih Menerima Rawatan Di Hospital

Inilah gambar terbaru wartawan Mazidul Akmal yang sedang menerima rawatan serangan angin ahmar di Hospital Pantai.

Sudah sebulan lebih wartawan pro UMNO, Mazidul Akmal Sidik dimasukkan kedalam hospital kerana serangan angin ahmar.
 

Sudah dilakukan pembedahan dibahagian kepala untuk mengeluarkan darah beku.
 

Beliau masih lagi terlantar dihospital Pantai Medical Care, Kuala Lumpur dikatakan dalam keadaan separa sedar ..

Walaupun Omak Kau dan beliau tidak senada dan seanutan dalam pegangan dan perjuangan politik,  dan pernah beberapa kali beliau menyerang Omak Kau diblognya, namun Omak Kau mohon semua rakyat Malaysia dari segenap lapisan mendoakan akan beliau agar cepat sembuh seperti sedia kala.

Kita lupakan sekejap cara beliau dengan keras menyerang dan memfitnah para pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya TGNA, TGHA, DSAI, TSKI, Kak Wan, Mat Sabu, LGE, LKS malahan mendiang Karpal Singh ....- tranungkite.net

No comments: