July 21, 2014

Obama Sokong Keganasan Rejim Zionis Israel

Sikit pun aku tak terkejut. Syaitan bertopengkan manusia ini dimana² saja. Konon perikemanusiaan dan simpati dengan dunia Islam, hakikatnya mereka lah penjahanam utama negara dan umat Islam. Bagi yg bersengkokol dan menjalinkan hubungan baik dengan mereka, akan selamat. Yer, jangan buat² lupa. Penasihat negara kita sendiri yg dilantik, dan dibayar berpuluh juta setahun menggunakan wang rakyat oleh kerajaan Malaysia adalah APCO, yahudi.

Najib Razak bersama Barack Obama

Washington: Presiden Amerika Syarikat Barack Obama semalam menyuarakan sokongan terhadap keganasan Israel di Palestin atas alasan untuk ‘mempertahankan diri.’

Bercakap kepada wartawan di Washington semalam sebelum dia bersama keluarganya menghabiskan cuti hujung minggu di Kem David, Obama berkata, Washington bagaimanapun berharap rejim Israel itu mencari jalan melancarkan keganasan tanpa membabitkan kematian ramai orang awam.

Setakat ini, lebih 300 penduduk Palestin terbunuh, sejumlah besarnya terdiri daripada orang awam, termasuk ramai kanak-kanak dan wanita.

Sementara itu, Presiden Palestin Mahmoud Abbas tiba di Turki untuk memujuk Ankara menggunakan pengaruhnya bagi mendesak Hamas menerima gencatan senjata tajaan Mesir.

Presiden Recep Tayyip Erdogan sebelum ini berkata, Mesir, khususnya Presiden baru negara berkenaan, Abdel Fattah al-Sisi, tidak layak menjadi orang tengah dalam rundingan damai kerana dia juga adalah ‘pengganas’ yang membunuh ramai aktivis Islam Mesir. - Agensi - myMetro

No comments: