July 15, 2014

Pelajar Ditetak Dengan Pedang Samurai di Miri

Tidak dinafikan, di Sabah dan Sarawak terlalu ramai pendatang haram mahupun halal yg tinggal dinegeri ini. Itu juga yg terjadi di Semenanjung. Malah menimbulkan ketidakselesaan dan ketakutan dikalangan rakyat tempatan sendiri. Terutama kebanjiran pendatang haram yg mendapat IC secara haram. Kes jenayah pula banyak dilakukan oleh rakyat pendatang. Setakat menyamar kemalangan ditengah jalan? Itu biasa, hingga penduduk tempatan takut untuk memberhentikan kenderaan terutamanya di jalan yg dikelilingi hutan kiri-kanan jalan.

Tidak kira sama ada warga tempatan atau pendatang yg melakukan jenayah dibawah ini, semoga penjenayah ini akan mendapat balasan yg setimpal dengan perbuatan mereka.

__________________________

MIRI - Seorang pelajar nyaris maut ditetak dengan pedang samurai oleh dua lelaki yang merompaknya di perhentian bas di Taman Tunku semalam.

Gambar : tranungkite.net

Dalam kejadian 10.10 malam itu, mangsa yang berusia 25 tahun berjaya melarikan diri ke dalam rumahnya yang terletak berdekatan perhentian bas berkenaan.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata bagaimanapun mangsa luka di belakang dan tengkuk.

Dia kemudiannya dihantar ke Hospital Miri dan dirawat sebagai pesakit luar.

Beliau berkata ibu mangsa telah membuat laporan polis.

"Mangsa bersama seorang rakan lelakinya sedang duduk berbual di perhentian bas itu apabila mereka didatangi dua lelaki dengan sebuah kereta.

"Kedua-dua lelaki itu keluar dari kereta mereka dan meminta wang serta telefon bimbit mangsa. Mangsa lari ke rumahnya dengan dikejar suspek yang bersenjatakan pedang samurai pendek dan menetak mangsa," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata suspek bagaimanapun merompak rakan mangsa barangan bernilai RM1,500 tanpa mencederakannya. - Bernama - sinarharian

No comments: