July 24, 2014

Pesawat Air Algerie Hilang Dari Radar

Pesawat Air Algeria yang membawa seramai 116 orang penumpang termasuk dua orang juruterbang, dan empat orang anak kapal hilang dan terputus hubungan selepas hampir satu jam berlepas dari Ouagadougou, Burkina Faso. Penerbangan tersebut dijadualkan sampai empat jam berikutnya di lapangan penerbangan Houari Boumediene Algiers.

Bukan pesawat ini - fb Air Algeria

Ketika ini gerakan kecemasan bagi mengesan dan mencari kedudukan pesawat tersebut giat dijalankan oleh pihak penerbangan Swiftair, pemilik penerbangan tersebut. Sehingga kini masih tiada sebarang berita yang diterima oleh mereka. Namun ada suara2 yang mengatakan pesawat tersebut terhempas walaupun masih tiada sebarang berita mahupun kenyataan rasmi dikeluarkan. Untuk mengetahui lebih lanjut boleh click CNN dan rt.com/news

Semoga pesawat ini akan ditemui dengan selamat. Cukuplah tragedi MH17 Malaysia yg ditembak, kemudian pesawat Taiwan semalam terhempas, dan MH370 yg masih terus hilang menjadi igauan ngeri. Aku harap penerbangan ini tidak mengalami nasib yang sama.........

No comments: