July 17, 2014

Sahabat Saya Penjual Kurma Gugur Syahid

Ya Allah, tempatkanlah pejuang² Islam ini dikalangan hambaMu yg soleh dan Engkau cintai...amin ya rabbal ala min.

Gaza: Saya mengenalinya sebagai penjual kurma, namun hubungan kami amat erat, malah saya menganggapnya seperti adik sendiri. Namun, Allah lebih menyayanginya apabila rakan saya itu Ahmad Bala’wi mati ditembak tentera Israel.

 ORANG ramai mengusung mangsa keluarga Al-Batsh yang terkorban. Gambar kecil, Ahmad Bala’wi.

Apa yang mengejutkan, hanya selepas kematiannya baru saya tahu Allahyarham sebenarnya bukan penjual kurma yang biasa-biasa, kerana dia sebenarnya anggota Briged komando Al-Qassam yang terkenal dengan kehebatan menentang rejim zionis.

“Kalau perlukan apa saja, maklumkan kepada saya.” Itu kata-kata terakhir arwah kepada saya pada pertemuan kami minggu lalu dan sehari sebelum dia syahid di medan perjuangan.

Seolah-olah masih terasa erat pelukannya sebelum kami berpisah. Sehari kemudian, saya diberitahu dia bersama dua lagi rakan terkena bedilan bom dilancarkan tentera Zionis ketika mereka melakukan kawalan sempadan.

Sepanjang perkenalan kami hampir lima bulan lalu, langsung saya tidak menyangka dia seorang pejuang komando Al-Qassam kerana perilaku dan tutur katanya lemah-lembut. - myMetro

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/17

No comments: