July 31, 2014

Suami Ego, Sombong, Pemarah, Berlagak, Kasar, Bengis, Suka Memaki Isteri

Kenapa ya? Kenapa ramai suami bersikap sedemikian terhadap isteri mereka? Kenapa sombong dan kasar sangat? Kenapa angkuh dan pemarah? Kenapa suka mencaci dan memaki para isteri sendiri? Kenapa suka menghina dan mengeji? Tak boleh ke jawab atau cakap baik-baik dengan isteri anda? Bukankah isteri anda adalah amanah Allah SWT. Kalau anda boleh berlemah-lembut menutur kata penuh sopan dengan orang lain, takkan dengan isteri sendiri tak boleh? Berlagak sungguh.

Gambar - pakarhowto.com

Kalau anda sakit-demam sapa yang jaga anda? Jiran sebelah rumah ke? Atau teman wanita/lelaki anda diluar sana? Tak payah nak sombong sangat dengan isteri sendiri.

Sedangkan kalau anda berlemah-lembut, penuh pengasih terhadap isteri anda dapat pahala berganda. Tapi kalau berlemah-lembut dengan perempuan lain, bergurau-mesra, hatta dengan teman sepejabat, anda hanya akan dapat dosa. Dosa demi dosa. Mengapa memilih neraka sedangkan syurga didepan mata? Melayan isteri sebaik mungkin itu adalah syurga.............! Mengapa mensia-siakan syurga anda?

Aku timbulkan persoalan ini sebab dah banyak kali 'keyword search' yg sampai kat blog Milokaw ini dengan ayat berikut 'suami suka memaki' suami suka menghina', dan seangkatan dengannya. Ertinya ramai para isteri (mungkin) yg ingin jawapan atas persoalan ini, atau boleh jadi menderita dengan sikap suami yg suka memaki, mengeji, sombong, kasar, dan angkuh terhadap isteri mereka.

Tak apa lah. Buatlah apa saja. Dunia ini pun hanya sementara. Segala perbuatan kita akan dipertanggungjawabkan kelak diakhirat, walaupun hanya sebesar zarah. Mungkin sudah kebal untuk terbakar dan mencair didalam neraka.

No comments: