July 09, 2014

Tetap Gembira Menerima Seluar Dalam Dewasa

Sungguh comel dan baik sikap kanak-kanak ini. Walaupun ibunya menghadiahkan 'sesuatu' yg tidak sesuai dengan dirinya namun anak kecil ini tetap menerima hadiah tersebut dengan gembira dan berterima kasih. Berita penuh dibawah.

Cubaan seorang ibu mengusik anak perempuannya dengan menghadiahkan sepasang seluar dalam lelaki untuk hari jadinya tidak menjadi apabila kanak-kanak itu - yang dididik supaya sentiasa berhemah dan berbudi bahasa - sebaliknya mengucapkan terima kasih dengan penuh keikhlasan.

Jessi Eaton kelihatan gembira menerima hadiahnya dan menyarungkan kebadannya.

Dalam video yang dimuat naik ke YouTube, Jessi Eaton dilihat memberi anaknya hadiah yang dibalut cantik namun apabila dibuka sebenarnya sepasang seluar dalam lelaki bersaiz besar.

“Wah! Cantiknya!’ reaksi si cilik itu sambil menyimpan semula kertas bungkusan dengan penuh berhati-hati.

“Apakah itu?” tanya ibunya dengan nada menyakat.

“Seluar! Cantiknya... Saya sukakannya! Ini hadiah yang sangat istimewa,” jawab pula anaknya dengan ikhlas dan tidak langsung menunjukkan kekecewaan dengan hadiah diterimanya itu.

Malah, dia terus memakai seluar berkenaan seperti selendang.

Jessi yang tidak sampai hati meneruskan usikan itu terus memeluk anaknya itu sebelum memberikan hadiahnya yang sebenar. Dia kemudian memuat naik video yang diberi tajuk ‘Cuba memberi ‘hadiah’ buruk kepada anak saya.’

“Saya sebenarnya tidak terkejut dengan reaksinya kerana itulah reaksi sama diberikan setiap kali menerima hadiah,” kata Jessi. - myMetro

No comments: