July 16, 2014

Video Wanita dan Pengunci Stereng Mengamuk

Aku baru menonton video wanita dibawah ni mengamuk memarahi pakcik / uncle chinese ni. Sedih aku lihat uncle ni diperlakukan biadab oleh seorang wanita sebangsa dan seagama denganku.

Memang uncle tu bersalah terlanggar keretanya, tapi perkara ini boleh diselesaikan dengan cara baik. Tak perlu mengamuk macam orang gila. Hasilnya, beribu pengguna laman sosial dan fb mengecam sikap wanita ini yg dilihat sebagai emosi dan hilang akal.


Aku sendiri pernah berpengalaman kereta dilanggar dari belakang oleh sebuah lori sederhana besar ketika dilampu isyarat. Habis remuk dan robek belakang keretaku, tayar pun berbunyi ketika nak dialihkan ketepi jalan. Tapi kami selesaikan cara baik, walaupun aku merasa sedih melihat keadaan keretaku (remuk terkeleweh bumper hingga menghimpit tayar) tapi aku juga tidak mahu menyalahkan pemandu lori itu, kerana tiada siapa pun yg mahu kemalangan berlaku.

Pemandu lori tersebut mengaku salah dan meminta maaf. Kami sama² bersetuju menyelesaikan masalah tersebut dengan membuat laporan dan claim insurans syarikat lori tersebut.

Bukan hanya aku seorang yg pernah kemalangan, ramai. Terlalu ramai. Kemalangan mereka lebih teruk dan dasyat lagi kerosakkannya, bukan seperti wanita ini yg hanya sedikit. Tapi mereka boleh bersabar dan tenang menghadapi situasi itu. Apa yg kelam-kabut sangat? Kita boleh claim insurans dan orang yg melanggar dari belakang akan membayar ganti-rugi. Usah ditunjuk kebodohan dan kesombongan kita dengan mengamuk macam orang gila.


SHAH ALAM - Berang kerana kereta baharunya dilanggar, seorang wanita bertindak mengamuk sambil memukul kenderaan yang melanggarnya dengan pengunci stereng.

Menurut sebuah portal, kejadian dipercayai berlaku di Kuantan.

Insiden bermula apabila seorang lelaki warga emas terlanggar kereta wanita itu dari belakang.

Kejadian kemudiannya sempat dirakam pengguna jalan raya lain malahan 'drama' amukan itu turut menyebabkan trafik di kawasan kejadian menjadi sesak.

Video yang menjadi viral sejak semalam mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial berhubung insiden itu. - sinarharian

No comments: