August 31, 2014

Iguana Masak Sup Atau Goreng Ponn Sodappp

"Eh, biar betul Puan Milokaw? Asal bagi gambar masakkan tak pernahnya share yang elok2. Mesti share sup ularlah, burger ularlahkatak lah, ishhh...geli tau" Bisik hati pembaca yang jelita lagi hensem. Ok, uolls dah dinner tak? Puan Milokaw baru lepas makan...nasi dan ayam goreng. Puan Milokaw bukan tak mahu kongsi gambar masakkan yg menarik lagi lazat dan suci, tapi blogger tayang makanan atau berkongsi menu makanan setiap hari macam di facebook tu dah berlambak sangat....asal nak makan jer tak kira lah dirumah atau di restoran mesti upload gambar tunjuk kat kawan2. Kan.....kesian kawan2 telan air liur teringin nak makan. Pasaii pa, kalau tengok ulaq, katak, iguana ni sapa pon tak teringin haih...cakap utara.

Dibawah adalah gambar Iguana yang terkenal di pasar Oriental Nicaragua. Iguana ini dijadikan sebagai santapan penduduk tempatan.

Makan Coklat Rahsia Nenek Panjang Umur

Wanita mexico ini Leandra Becerra Lumbreras, adalah wanita tertua dunia, dan hari ni genaplah 127 tahun usia nenek ini, lahir pada 31 August 1887......Wahh, kalau kat Malaysia ni nenek dah kira anak merdeka tau....tapi masa tahun negara kita merdeka, nenek ni dah berumah berumur ?? Kiralah sendiri :)

August 30, 2014

Sarang Tebuan Atas Katil

Rumah anda ada bilik kosong? Anda selalu masuk ke dalam bilik itu?
Apa kata, anda pergi ke bilik tersebut dan semak persekitarannya sekarang. Manalah tahu ada sesuatu yang ganjil di situ kan?
 

Ini kerana, anda pasti tak mahu melalui apa yang telah menimpa wanita di Winchester, England ini.

Apa yang berlaku di dalam bilik kosongnya adalah sangat luar biasa bagi kami. Setelah hampir berbulan lamanya bilik itu dibiarkan tidak berusik, wanita itu telah dikejutkan dengan kehadiran penghuni di atas katilnya.

Sashimi Katak Hidup Menu Baru di Jepun

Hai uolls....dah makan tengahari tak? Hari ni you all makan kat luar kot? (Ayat mengada-ngada sikit) Maklumlah cuti kan. Iolls Aku duduk rumah jer, tak kemana-mana walaupun 3 hari cuti. Encik suami pula jauh, lagipun dia kerja. Kat bawah ni ada gambar makanan Jepun, sashimi katak hidup bersama potongan limau dan sos soya. What? Katak? Hanya untuk ditatap, bukan untuk ditiru resipi. iskk, apa lah orang Jepun ni negara dah maju rakyat berdisiplin, tapi suka makan merapu-rapu. Yerlah, kita Islam nak makan pun ada peraturan, hanya yg halal dan suci saja boleh dimakan. Katak haram dimakan...!

Lelaki Gay Sengaja Sebarkan Virus HIV

Seorang lelaki gay, Thomas Guerra aka Ashton Chavez arkitek landskap dari California dengan gembiranya sengaja menyebarkan virus HIV yang dihidapinya kepada sekurang-kurangnya 24 orang lelaki, dan telah sah dijangkiti virus tersebut. Thomas Guerra berhasrat menyebarkan kepada seramai yang mungkin. Dipercayai kemungkinan lebih seratus dijangkiti virus itu darinya.

Berita dan gambar asiantown.net

Suami-Isteri Mengubur Diri

Murid Gigit Tangan Penjenayah Van Putih

Georgetown: “Kami gigit tangan penculik untuk melepaskan diri daripada mereka,” kata Fatin Nabihah Rashid, 9, murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Lanchang, di sini, yang mendakwa diculik tiga lelaki, kelmarin.

DUA murid mangsa culik menceritakan kembali kejadian kepada pegawai penyiasat.

Berang Kakitangan Kerajaan Keluar Minum Jam 10 pagi

Artikel di bawah aku ambil dari tranungkite.net. Tidak mewakili pandangan peribadi Puan Milokaw. Jadi, kepada pembaca kakitangan kerajaan sila jangan ambil hati, tapi jika ada tabiat buruk macam dibawah suka "mengulau" silalah terasa. Suami Puan Milokaw pun kakitangan gomen juga......bahagian perubatan, hospital. Pada aku, tak kira kerajaan atau swasta, kalau tak ada sifat tanggungjawab memang kelaut lah.

Kami percaya, kita semua pernah mengalaminya. Tetapi adalah tidak adil jika kita menuduh majoriti yang bersikap sedemikian. Ada juga penjawat awam yang mematuhi peraturan serta etika sebagai seorang penjawat awam yang berkhidmat untuk rakyat.


Ikuti luahan hati Puan Azrinaz Hashim di bawah:

Remaja Mengadu Sakit Perut Rupanya Mengandung

KUALA TERENGGANU - Malang berganda! Seorang remaja berusia 15 tahun bukan sahaja terpaksa menanggung aib apabila disahkan mengandung tujuh bulan, malah lebih malang apabila mengetahui ‘ayah’ kepada anak di dalam kandungannya itu sudah meninggal dunia April lalu akibat kemalangan.


Remaja yang merupakan pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di Besut itu disahkan mengandung selepas dihantar ibu bapanya untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan berhampiran kediaman mereka, Selasa lalu, selepas mengadu sakit perut.

August 29, 2014

Bawa Arak, Kepala Bersepai Langgar Treler

Pendang: Mengerikan apabila kepala seorang lelaki pecah dipercayai terhimpit dengan beberapa karton minuman keras yang dimuatkan dalam pacuan empat roda Toyota Hilux selepas kenderaan dipandunya itu melanggar belakang sebuah treler dalam kemalangan di Kilometer 55.7, Lebuhraya Utara-Selatan, di sini, semalam.

Jangan Memandai Pakai Cincin Atau Gelung Besi Dikemaluan

Ingat tu. Jangan terikut sangat nafsu fantasi yang sementara tu. Ikut nasihat Doktor Lee dibawah. Kalau agak-agak nak kena potong semua, buatlah sesuka hati. Lagipun itulah hikmahnya Allah melarang dari buat benda tak senonoh. Ada kesan sampingan disegi saintifiknya, selain kesan emosi, otak jadi lembab, bebal, pelupa, dan lemah. Bukannya saja-saja larang.

PETALING JAYA: Sesetengah lelaki meletakkan cincin pada pangkal zakar mereka agar mereka dapat mengekalkan ereksi, kata pakar urologi.

Gambar diambil dari Facebook rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

August 28, 2014

Sultan Thailand Terpelanting Ketika Berkipas

Penangan "Ice Bucket Challenge"

Macam-macam kan, orang kita pun dah terbejangkit dengan 'aktivitas' ini. Ngomong Indonesia dong. Dibawah adalah berita dari luar negara yg aku petik dari dailymail.co.uk.

Kebanyakkan pasaraya mahupun pasar mini kehabisan ais berikutan ramai pelanggan datang membeli air batu semata-mata untuk menyahut cabaran ice bucket challenge. 'Per ke bendanya tu?' Tanya makcik Saleha sebelah rumah kehairanan. 'Bukan makcik sorang jer yang tak tahu, ramai tak tahu per ke bendanya ice batu bucket challenge ni. Aku pun tak tahu.' Jawab Melah dalam hati.

Gambar bawah adalah salah-satu pasaraya yang kehabisan ais, di Portsmouth, Bursledon, Hampshire.


Pasangan Baru Bertunang Mengaku Cuba Berzina

KUALA TERENGGANU - Seorang duda dan pasangannya masing-masing dijatuhi hukuman denda RM2,900 dan RM2,800 selepas mengaku salah cuba melakukan persetubuhan luar nikah semasa dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah, di sini.

Pasangan kekasih tersebut, Ahmad Ramdhan Mohamad @ Mustaffa, 28, dari Batu Buruk dan Yusalammiah Farhana Yusof, 20, dari Beladau Selat, di sini, turut berdepan lima bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda.

Gambar hiasan

Ratu Cantik Spain Akui Lesbian

Patricia Yurena, wanita cantik menawan ini merupakan Miss Spain yang pernah memenangi anugerah ratu cantik sebanyak dua kali pada tahun 2008 dan 2013.

Ditumbuk Gara-gara Marah Diraba

Mary Brandon (gambar) 22 tahun, mengalami kecederaan teruk setelah ditumbuk oleh suspek yang merabanya sehingga pecah dan lebam di muka. Wanita ini ditumbuk kerana beliau menghalang dari terus menjadi mangsa raba oleh lelaki berkenaan. Kecadburyan apakah?

August 27, 2014

Remaja Lelaki India Mempunyai Ekor 7 Inci

Salam satu India. Remaja dari India (berapa banyak India daa), Arshid Ali Khan yang kini berusia 13 tahun, dilahirkan dengan ekor dan dianggap sebagai lambang kesucian serta pemujaan di Punjab.

Penduduk tempatan yg beragama hindu menganggap Arshid ini sebagai jelmaan semula Dewa Monyet katanya, iaitu Hanuman, dan membei gelaran kepada Arshid sebagai Balaji. Segelintir penganut hindu percaya bahawa segala impian dan keinginan mereka akan tercapai dengan menyembah Arshid.

Semangat Kerja

Hai pembaca Milokaw yang tersayang..(aku sayang korang, percayalah) hari ni aku belum update sebarang storymory sebab seharian sibuk. Kononnya. Bukan sebab banyak kerja, tapi siapkan kerja. Tak seronok pula kerja bertangguh jadi lebih baik selesaikan. Hasilnya, aku langsung tak membaca news apa-apa hari ni di office. Bagus kan.....itulah yg sebaiknya, ini tak baca gossip saja....apa nak jadi? Bisik hati puan Milokaw, memarahi diri sendiri.

Sekarang baru nak mula membaca. Insyaallah kalau rajin atau datang semangat kuda rajin aku upload atau update posting apa-apa.

August 26, 2014

Suami jalin Hubungan Sulit Upah Penagih Bunuh Isteri

SEORANG lelaki yang sanggup mengupah seorang penagih dadah untuk menikam isterinya sampai mati didakwa bersalah melakukan pembunuhan.

Menurut Daily Mail, tertuduh, Mohamed Ali, 65, menawarkan bayaran 1,000 pound (RM5,200) kepada Frederick Best, 47, untuk melakukan perbuatan kejam tersebut.

Gambar kecil Amina Bibi - sinarharian

Ibu Beri Anak Pil Cacing Pita Untuk Kuruskan Badan

Seorang ibu tergamak menyuruh anaknya menelan pil telur cacing pita bagi menguruskan badan hinggakan anaknya terpaksa dikejarkan ke hospital. Cacing pita?? Ohh....baru Puan Milokaw tahu rupanya memang ada pil telur cacing pita untuk kuwuskan badan (tak reti eja elok²) yg dijual dipasaran sejak dulu lagi. Tujuannya tidak lain tidak bukan untuk kecantikkan.Yerlah, tak mahu gemuk katanya. Tapi AWAS, pil ini boleh membunuh.

New York - Seorang remaja dilarikan ke rumah sakit dengan kondisi perut menggembung seperti hamil. Dokter yang menanganinya pun kebingungan bukan main.

Cacing pita

Gelung Besi Lekat di Kemaluan Akibat Suka²

Adoii....tersenyum sorang² membaca berita sinarharian dibawah ni. Besi berkarat ni jugak yg jadi bahan. Tak apalah, yg lepas biarkan berlalu. Jadikan pengajaran. Semoga cepat bertemu jodoh dan tidak buat lagi benda-benda pelik lagi mengarut seperti ni.

KOTA BHARU - Malang bagi seorang lelaki berusia 23, tahun apabila tindakannya memasukkan gelung besi penyambung paip pada alat sulitnya, menyebabkan dia terpaksa menanggung kesakitan hampir 11 jam di Kampung Dewan Beta, di sini, Sabtu lalu.
Jamil melawat mangsa di HRPZ II semalam. Gambar : sinarhairan sinarharian

August 25, 2014

Maut Digigit Kepala Ular Ketika Masak Sup Ular

Memasak atau makan sup ular bukan lagi perkara pelik atau ganjil bagi sebahagian orang bukan Islam. Menu ular adalah antara hidangan eksotik yg popular. Dibawah adalah contoh gambar-gambar sup ular.

SEORANG chef yang sedang memasak hidangan sup daging ular tedung maut selepas digigit oleh kepala ular berkenaan yang sudah dipotong.

Kopi Tahi Gajah Bakal Menggugat Kopi Tahi Musang?

Benarkah? Hakikatnya, Kopi Tahi Musang atau kopi luwak masih menjadi pilihan utama bagi golongan kaya di hotel-hotel mewah. Masih menempati carta tertinggi dan tidak bisa ditandingi oleh mana-mana najis setakat ini. Hatta najis gajah sekalipun. Cuma sekarang mereka mempunyai dua pilihan sama ada kopi tahi musang atau kopi tahi gajah, penemuan terbaru? Kopi tahi gajah pun sodappp.....semakin kaya, semakin pelik benda yang di makan.

BANGKOK - Orang ramai yang ingin menikmati keenakan kopi yang menggunakan biji-biji kopi daripada najis gajah perlu membayar pada harga AS$70 (RM221) secawan.

August 24, 2014

Gambar banjir Kilat Berhampiran Bulatan Leisure Mall

Gambar yang aku petik dari tranungkite.net. "Banyak pihak menyalahkan pihak MRT di atas kecuaian yang sama." Ayat dari blog tersebut.

August 23, 2014

TGHH Dilantik Sebagai Naib Presiden Ulama Sedunia

Tahniah kepada Tuan Guru Haji Hadi Awang kerana dilantik sebagai Naib presiden Ulama seluruh dunia. Alhamdulillah, besar amanah Allah yg perlu dipikul. Semoga Allah SWT merahmati tuan guru dan semua ulama-ulama baik di Malaysia mahupun seluruh dunia yg memperjuangkan Islam dunia-akhirat. Sebagai hambaNya yg mendambakan pemerintahan 'pewaris nabi' aku tumpang gembira dengan berita ini.

TURKI: Muktamar Kesatuan Ulamak Islam Sedunia yang sedang berlangsung di Turki ketika ini.

Mengangkat tangan sebagai tanda sokongan perlantikkan TGHH
 

Tanah Runtuh di Hiroshima, 39 Maut 51 Masih Hilang

TOKYO: Pasukan penyelamat terpaksa menghentikan operasi mencari 51 mangsa tanah runtuh yang masih hilang kerana bimbang kejadian yang sehingga kini meragut 39 nyawa itu berulang.

Insiden yang mengakibatkan puluhan rumah musnah itu berlaku di pinggir Hiroshima apabila lereng gunung di barat Jepun itu runtuh awal pagi Rabu lalu.

August 22, 2014

Akibat Cakap Besar Dan Sombong

"Hati-hati balik, jangan sesat. Nanti tersalah rumah pulak." Pesan seorang bro teman kepadaku ketika aku nak balik ke rumah, selepas habis waktu berkerja. Masa tu aku duduk dalam MMU campus, staff  apartment. Kiranya dah lama berlalu. "Mengarut." Detik hatiku. "Takkanlah sesat. Rumah dalam MMU, bukannya jauh. Sesat apa pula." Jawabku padanya sambil tergelak mengejek, memperkecilkan pesanan teman tersebut.
MMU apartment Cyberjaya. Gambar: campusmalaysia.com

Kerangka Bayi 36 Tahun Dari Perut Ibu Dikeluarkan

Salam satu India dunia. Masih memaparkan berita dari negara India, bukan sebab sangat meminati negara India, tapi sebab merasakan berita² berikut 'menarik' untuk dikongsikan dengan pembaca Milokaw yg tersayang? Ikuti kisah dibawah yang boleh dilabelkan sebagai kisah pelik, tapi benar.

New Delhi - Dokter di India berhasil mengeluarkan kerangka bayi yang tertinggal dalam perut seorang perempuan paro baya bernama Kantabai Gunvant Thakre. Yang mengejutkannya, kerangka bayi itu sudah ada di sana selama 36 tahun.

Kerangka bayi di rahim ibunya selama 36 tahun (City Hospital)

August 21, 2014

Tetap Lapar Walaupun Makan 180 Biji Pisang Dan 14 kg Nasi

Nampaknya tahap makan kanak-kanak 9 tahun ini, Suman Khatun, ditahap kritikal. Bukan hanya makan 180 biji pisang, 14 kg beras/nasi, Malah 8 kg kentang, dan 8 kg ikan, turut dimakannya dalam tempoh seminggu. Namun tetap lapar. Tak reti2 kenyang. Kalau Puan Milokaw, jangankan 14 kg nasi seminggu, 10 kg adalah beras untuk dua bulan dirumah ini.

Remaja Malaysia Derita Ikut Kekasih Pulang ke Sumatera

Melaka: “Ummi tolong adik ummi...adik dah tak tahan duduk sini. Nak makan pun susah sampai kena kerja di sawah setiap hari,” rayu Suliza Kassim, 18, ketika menghubungi ibunya, Azizah Ahmad, 49, petang, kelmarin selepas dua bulan terkandas di Jambi, Sumatera, Indonesia, kerana mengikut kekasihnya pulang ke negara asalnya.

August 19, 2014

Memori Dalam Hujan.....Aku dan Sidia

Hujan baru saja berhenti.

Sebut tentang hujan ni teringat kisah aku berpayung dengan suamiku. Ada satu hari tu, aku pakai baju kurung coklat keemasan, dan kebetulan payung yang aku bawa berwarna coklat, sempat suamiku menegur..'Baju coklat, payung pun coklat. Sedondon.' Aku senyum. Dia memegang payung tersebut sebaik kaki kami melangkah dalam hujan. Oh..sungguh romantic saat itu.


Pemuda Indonesia Nikahi Gadis Gaza

Gaza - Seorang relawan asal Indonesia menikahi seorang gadis Gaza, Palestina pada Minggu 17 Agustus 2014 lalu, saat Hamas melaksanakan kesepakatan gencatan senjata dengan Israel.

Warga negara Indonesia (WNI) bernama Muhammad Husein (26 tahun) itu menikahi seorang perempuan Palestina bernama Jinan Ar-Raqb (18) asal Khan Younis, selatan Gaza. Akad nikah berlangsung di Kantor Urusan Agama Kota Gaza.

Jinan Ar-Raqb dan Muhammad Husein

Rogol Mentua, Perogol Jalani Pemeriksaan Mental

Sibu: Seorang lelaki berusia 42 tahun yang didakwa merogol ibu mentuanya berusia 69 tahun dalam kejadian di Kampung Jeriah di sini, Jumaat lalu akan dihantar ke Hospital Sibu untuk menjalani ujian saringan kesihatan mental.

Gambar:harianblogger.com

August 18, 2014

Wanita Berstatus Isteri Jadi Pemuas Nafsu Suami Orang

GEORGETOWN – Lari dari mulut buaya, masuk mulut naga. Mungkin itulah ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan penderitaan seorang isteri yang menjadi mangsa pemuas nafsu seorang anggota polis sejak 10 tahun lalu.

Wanita berusia 40 tahun, dari Sungai Nibong di sini, pada awalnya mengharapkan persahabatan dengan anggota polis berusia 47 tahun berkenaan boleh menamatkan penderitaannya yang sering dipukul suami.

Gambar: kualalumpurpost.net

Suami Hadiahkan HIV Buat Isteri

SEWAKTU dimaklumkan bahawa ujian darahnya menunjukkan dia positif HIV, air mata wanita ini mengalir deras.

Perasaannya berbaur. Fikirannya dicengkam dengan pelbagai ketakutan.
Entah apa dosanya, ujian datang bertubi-tubi. Berita itu diterima tidak lama selepas dia bercerai dan bersendirian membesarkan anak-anak.


Askar US Kencing Mayat Pejuang Taliban Ditemui Mati

CAROLINA UTARA - Amerika Syarikat. Bekas penembak tepat yang menimbulkan kontroversi selepas membuang air kecil pada mayat pejuang Taliban, ditemui mati Jumaat lalu.
 NC marine seen in video urinating on Corpses in Afghanistan dies (Photo: CNN/CBS News) - wfmynews2.com

Tertekan Suami Kasar, Akui Suami-Isteri Keras Kepala

Jakarta - Saya baru menikah September 2012 lalu. Setelah menikah suami sering melontarkan kata-kata kasar. Ia enggan meninggalkan kebebasannya berkumpul dengan teman-temannya dan mengabaikan saya.

Sampai saat ini dia masih belum punya perkerjaan tetap. Sifat kami berdua sama-sama keras kepala. Awal tahun 2013 terjadi pertengkaran hebat hanya gara-gara masalah sepele, dia keluar dari rumah dan mengancam akan menceraikan saya.

Gambar tiada kena-mengena

97 Maut Banjir Dan Tanah Runtuh di Nepal

KATHMANDU: Pasukan penyelamat menemui 12 lagi mayat yang tertimbus di dalam lumpur akibat tanah runtuh dan banjir di Nepal, menjadikan jumlah kematian setakat ini meningkat kepada 97 orang.

Sebahagian penduduk kampung Motipur di daerah Dang, timur Nepal, melihat kawasan kediaman mereka yang musnah akibat banjir. Foto EPA

August 17, 2014

Isteri Maki Suami Babi Sial Gara-Gara Hutang

Benarkah ada pergaduhan ini? Dasyat juga caci-maki yang dilontarkan isteri lelaki ini. Tiada sebarang komen untuk isterinya. Aku tidak melalui situasi mereka, dan hanya mereka berdua saja yg tahu permasalahan yang sebenar. Sikap 'cool dan tenang' suami wanita ini wajar dicontohi sekalipun jika berada dipihak yang salah. Artikel dibawah aku petik dari webberita.com

ADUHAI…geleng kepala kami melihat ‘screenshot’ mesej antara pasangan suami-isteri yang dikongsikan di akaun seorang pengguna Facebook.

Dikejar Penanggal Selepas Membunyikan Hon

Kisah dibawah ni macam seram. Nak tergelak pun ada pasal hon tu. Aku tak pernah lalui situasi jelmaan seperti ni, setakat bunyi-bunyian tu adalah. Antaranya kisah perempuan mengilai dan kisah misteri ditandas tempat kerjaku. Tak dapat bayangkan bagaimana lelaki yang membunyikan hon ini dikejar Balan-Balan atau hantu Penanggal? Harap tiada apa-apa. Katanya sehingga sekarang hantu penanggal masih wujud dibumi Sabah. Malah ada keturunannya, dimana adakalanya keturunan penanggal itu sendiri tidak sedar diri mereka penanggal? Wallahuaklam. Aku pun tak tahu sejauh mana kebenarannya. Namun tidak menafikan ilmu sihir itu memang wujud dan masih diamalkan sehingga sekarang.

Gambar hiasan

Isteri Pernah Tiduri 6 Lelaki Sebelum Berkahwin

"Perempuan yg baik untuk lelaki yg baik. Perempuan yg jahat untuk lelaki yg jahat." Itu janji Allah yg pasti. Allah tak pernah menzalimi hamba-hambanya. Jodoh kita adalah yg terbaik, bersesuaian dgn diri dan sikap kita. Mahukan yg terbaik, berusahalah jadi yg lebih baik.

Saya telah berkahwin dengan isteri setahun lepas. Biar pun baru namun kami sudah lama mengenali dan telah berkasih selama 10 tahun sebelum berkahwin. Sepanjang bercinta, kami tidak pernah menghadapi masalah yang besar dan jarang bergaduh.

Gambar hiasan duniawi

August 16, 2014

Hujan Air Batu di Tambunan Sabah

Kejadian fenomena hujan ais yang berlaku kelmarin, Ahad, di Tambunan, Sabah telah menggemparkan penduduk di sana.

Kejadian yang berlaku lebih kurang jam 3.30 petang yang bertempat di Kampung Timbou itu menyebabkan sebilangan penduduk menghentikan kerja seharian demi menyaksikan kejadian yang jarang berlaku itu.

Gambar-gambar hujan air batu di Sabah

Tingkat Bawah Pasaraya Jadi Kolam Ikan

PASARAYA (Thailand) ini dahulunya berketinggian 11 tingkat tetapi pada tahun 1997, tujuh tingkat atas bangunan ini terpaksa dirobohkan atas sebab undang-undang.

Pada tahun 1999 pula, berlaku kebakaran yang mengakibatkan kematian. Sejak dari itu, bangunan itu dibiarkan begitu sahaja tanpa bumbung.

Jom Mandi Air Terjun Angel Falls Venezuela

Ada hati nak mandi air terjun tertinggi dunia? Air terjun rendah dalam Malaysia pun tak pergi ni kan pula yang paling tinggi di dunia? Jauh pula tu. Kalau setakat kat Pahang, bolehlah juga pergi. Bisik hati Puan Milokaw. Apa salahnya berangan kan....mana tahu kot-kot jadi kenyataan dapat melancong kesini. Kata orang Nothing Impossible. Sedikit info tentang Air Terjun Malaikat Angel Falls ini.

Streamyx Bermasalah Pulokk.....

Dari malam tadi selepas aku update pasal Candi Borubudur internet tak boleh surf hinggalah petang ini kira-kira 3.00PM barulah streamyx pulih kembali. Mati kutu kau. Bangun pagi tadi selesai urusan lain, aku on streamyx masih lagi failed so aku call "100" TM nak tahu apa masalahnya? Oh...rupanya, mereka melakukan kerja-baik pulih, penambahbaikkan? jadi beberapa kawasan lembah klang mengalami gangguan, sebab tu button internet bernyala pun tidak. Dan-dan aku layan drama tv ngan mak aku.....siap komen lagi. Nampak sangat aku boring. Life without internet. OMG.

Candi Borobudur Buddha Terbesar Dunia

Candi Borobudur suatu ketika dulu merupakan tempat pemujaan bagi penganut Buddha yang terletak di Desa Boro, Kabupaten Magelang Jawa Tengah, Indonesia. Sehinggalah ia tertimbus oleh lava gunung berapi pada tahun 1006 masihi, sejak itu tidak lagi dijadikan sebagai tempat pemujaan. Namun menjadi tempat kunjungan pelawat. Kuil ini adalah salah satu antara keajaiban dunia, kerana besar dan keunikkannya.

August 15, 2014

Sebelum Dan Selepas Pembedahan Plastik Wajah

Selain dari melakukan pembedahan wajah dan tubuh, melalui sebuah dokumentari yang pernah aku tonton, keputusan survey yang dijalankan menunjukkan 80-90% perempuan di negara barat melakukan pembedahan plastik untuk membesarkan payudara mereka, malah ada dikalangan mereka melakukan pembesaran payudara seawal usia remaja lagi. Kiranya bukan lagi original. Berlainan pula dengan negara disebelah China, Korea dan seumpamanya, mereka kebanyakkannya memilih untuk mengubah wajah mereka. Merasa hodoh dan tidak puas dengan apa yg dimiliki oleh mereka.

 Gambar-gambar dari rapi.karangkraf.com

August 14, 2014

Seksanya Sakit Gigi....Nyut...Nyut..Sob

Hi guys....lama rasanya Puan Milokaw tidak menulis. Sebenarnya, aku baru saja pulih dari kesakitan gigi geraham yg amat-sangat. Dua hari MC semalam dan hari ni akibat tidak dapat tidur malam, seharian menahan kesakitan. Hanya orang yg pernah sakit gigi saja yg tahu bagaimana rasa. Rasa nak hempas2 dan hentak2 jer apa-apa yg mengganggu, seperti bunyi bising, bunyi orang menyanyi atau menjerit2..bunyi tv, bunyi motor buruk, bunyi apa-apa saja walaupun merdu. Semuanya bikin hati panas dan meradang.

Semua gambar tiada kena-mengena dengan kiah kisah ini

August 12, 2014

Nenek 57 Tahun Kahwin Lelaki 27 Tahun

KUALA LUMPUR - Perbezaan usia 30 tahun tidak menghalang seorang lelaki  bujang, Mohd. Nor Rais Razali, 27, untuk memilih wanita lebih berusia, Fatimah  Abdul Rahman, 57, sebagai suri hidupnya selepas bercinta selama enam tahun.

MOHD. NOR RAIS bersama isterinya, Fatimah menunjukkan sijil  nikah selepas diijab kabul di Masjid Al-Khadijah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur  kelmarin.

Lelaki Tattoo Wajah Kekasih Sebagai Bukti Cinta

Pelukis tattoo, Rouslan Toumaniantz mentattoo wajah cantik kekasihnya Lesya 19 tahun dengan menulis namanya 'Ruslan' sebagai tanda cinta abadi mereka, walaupun baru pertama kali berjumpa pada 2013. Mereka kenal melalui wechat. Dan merancang untuk berkahwin di Moscow.

Bunuh Bayi Kerana Kencing Ketika Tukar Lampin

Bayi dibawah Sincere William, berusia setahun dilibas mati dengan tali pinggang kulit oleh kekasih ibunya kerana kencing ketika menukar lampin pakai-buang. Sincere mati ketika dirawat di hospital. Kejadian berlaku di Florida, Sabtu lepas. Pembunuh tersebut Austin Hamilton, didakwa atas tuduhan mendera dan membunuh.

 Sincere William

Bosan Hidup Miskin Isteri Lari Tinggalkan Suami

Macam-macam ragam manusia. Bagaimana kalau suami malas berkerja, atau berkerja tapi tidak bertanggungjawab? Duit dihabiskan, nafkah diabaikan. Ramai para isteri melalui situasi seperti yg aku sebutkan ini. Mereka tetap tabah dan bersabar. Pada pandangan aku, setidaknya pakcik dibawah ni masih bertanggungjawab sekalipun gajinya hanya RM10 sehari, sifat 'tanggungjawab' tetap terserlah pada dirinya. Buktinya, dia tetap menjaga dan menyekolahkan anak-anak tiri yg ditinggalkan bekas isterinya walaupun bukan darah-dagingnya.

 MANAYI (tengah) melawat rumah Rahmat (kiri), semalam.