August 18, 2014

97 Maut Banjir Dan Tanah Runtuh di Nepal

KATHMANDU: Pasukan penyelamat menemui 12 lagi mayat yang tertimbus di dalam lumpur akibat tanah runtuh dan banjir di Nepal, menjadikan jumlah kematian setakat ini meningkat kepada 97 orang.

Sebahagian penduduk kampung Motipur di daerah Dang, timur Nepal, melihat kawasan kediaman mereka yang musnah akibat banjir. Foto EPA

Sementara itu, pasukan tentera berusaha untuk memindahkan kira-kira 20,000 orang yang terkandas di kawasan terjejas teruk akibat bencana itu selepas cuaca bertambah baik pada Ahad. - mstar.com




No comments: