August 22, 2014

Akibat Cakap Besar Dan Sombong

"Hati-hati balik, jangan sesat. Nanti tersalah rumah pulak." Pesan seorang bro teman kepadaku ketika aku nak balik ke rumah, selepas habis waktu berkerja. Masa tu aku duduk dalam MMU campus, staff  apartment. Kiranya dah lama berlalu. "Mengarut." Detik hatiku. "Takkanlah sesat. Rumah dalam MMU, bukannya jauh. Sesat apa pula." Jawabku padanya sambil tergelak mengejek, memperkecilkan pesanan teman tersebut.
MMU apartment Cyberjaya. Gambar: campusmalaysia.com

Tak logik langsung. Rumah tingkat 4, boleh jalan kaki saja dari office. Agak2lah nak pesan pun? Lainlah kalau berpuluh-puluh kilometer. Boleh jadilah sesat, itupun macam mustahil. "Ya lah, Manalah tahu kan, kot-kot sesat." Aku tak mengendahkan pesanan yg aku rasa sedikit 'bodoh' tu. Masa tu dah malam, aku balik lambat.

Aku berlalu balik kerumah, mendaki satu demi satu anak tangga. Sesampai dirumah kelihatan banyak selipar diluar rumah. "Sapa pulak datang rumah tengah-tengah malam ni." Gerutu hatiku. Aku ketuk pintu rumah, tapi kakak dan housemate tak buka pun. Rumah staff ni ada 3 bilik, dan kami sewa bertiga satu rumah.  "Tukkk...tukk...." Aku ketuk pintu dengan lebih kuat. Namun masih tak dibuka. Kunci tak bawa. Geram tak siapa keluar buka pintu, jadi aku pun ketuk dengan lebih kuat sepenuh perasaan "Tukkk....Tukk." Do you want to build a snow man? Tiba-tiba pintu dibuka, terpacak didepanku seorang perempuan India, terpisat-pisat mengesat mata macam baru bangun dari tidur. Terkebil-kebil memandang aku dengan wajah serius. Mungkin bengang tidurnya diganggu?

Aku pula terkebil-kebil dengan wajah terkejut, malu, dan bersalah, sekoyong-koyong kata orang. "Oh, sorry....salah rumah." Ucapku perlahan sambil sedikit mengundur. Perempuan India tersebut tak menjawab. Dia menutup pintu. "Hello, I salah rumah ok, tak sengaja." Jerit batinku. Kiranya kalau dalam filem frozen tu, skripnya "Go away Anna!" Ucap perempuan India tu kepadaku. Dan aku menjawab dengan perlahan..."Okay....bye......"

Aku terkulat-kulat berlalu dari pintu rumahnya. "Ya Allah, ni kan tingkat 3. Macam mana aku boleh salah rumah pula ni?" Aku mengomel pada diri sendiri. Masa perempuan India tu buka pintu baru aku sedar dipintunya ada gambar patung sembahannya diletak diatas pintu masuk. Memanglah bukan rumah aku, kasut pulak bersepah banyak diluar. Rumah kami, kasut bersusun dalam rumah ditempat kasut.

Sampai ditingkat 4 rumahku, suasana sunyi. Aku masuk kerumah dan cerita kat kakak dan housemateku pasal tadi. Punyalah dorang gelak. Macam teruk sangat aku sesat? Terbayang dalam fikiranku....itulah dia, tak boleh cakap besar dan sombong. Walaupun pesanan dari orang sekeliling kita nampak remeh dan tak masuk akal, jangan diperkecilkan. Tak setuju diam saja. Tak perlu buat muka sinis, komen negatif, atau gelakkan mereka. Lihatlah, kalau Allah nak kita 'alpa' dan 'lupa' kita pasti tak nampak apa-apa walaupun benda tersebut nampak mustahil dan tak masuk akal untuk tersilap. "Kun fa ya kun".

Takziah kepada keluarga adik Muhammad Aqil Arfan kanak-kanak 4 tahun yang meninggal terperangkap 8 jam dalam kereta. Tiada ibu-bapa yg "waras" mahu melihat anak mereka mati tercuai begini. Sesungguhnya Allah lebih menyayangimu. Syurga itu telah pasti untukmu, kami yg masih hidup didunia ini belum tahu lagi dimana destinasi kami.....pada Allah jualah kita meminta syurga dan pengampunanNya.

No comments: