August 01, 2014

Aku Yang Kebuntuan.....

Hi guys.....(guys la sangat puan Milokaw ni). Aku sebenarnya tengah buntu memikirkan, nak balik jengka ke tidak lepas kerja ni? Sebab rasa belum puas berhari-raya baru² ni tiba² dah kena balik Kajang. Bosan you all duduk di office ni sorang²......orang lain sibuk makan kuih raya ngan dodol lagi, aku dah kena tercongok mengadap tempat kerja sebab kerja dah selesai sebelum raya hari tu, jadi tak ada kerja untuk dihadap pun.

 Gambar dodol: sarawakfestival.wordpress

Tak sama rasanya makan kuih raya di kampung dengan makan kuih raya dipejabat. Sangat berbeza. Dalam peti sejuk kat rumah pun ada dodol.....tapi tak sama feel.

Datang kerja jalanraya punyalah lengang, aku boleh siap keluar pukul 8 pagi lagi dari rumah, sampai office dalam 8.20 pagi macam tu. Semalam pun sama. Heaven tu. Kalau hari-hari biasa......kalau aku keluar pukul 8.00 pagi dari rumah? Alamatnya hampir pukul 9 pagi baru sampai. Sedangkan waktu pejabat pukul 8.30 morning. Memanglah tersangat heaven jalanraya dua hari ni. Hanya aku dan orang-orang yg bertugas selepas raya saja yg tahu.

So, sekarang aku tengah fikir.....nak balik atau lepak saja dirumah kat Kajang tu. Mood raya masih menebal di jiwa-ragaku ini. Sekarang pukul 3...nanti lah aku buat keputusan. Insyaallah, mana yg baik yg tu aku buat :-)

No comments: