August 29, 2014

Bawa Arak, Kepala Bersepai Langgar Treler

Pendang: Mengerikan apabila kepala seorang lelaki pecah dipercayai terhimpit dengan beberapa karton minuman keras yang dimuatkan dalam pacuan empat roda Toyota Hilux selepas kenderaan dipandunya itu melanggar belakang sebuah treler dalam kemalangan di Kilometer 55.7, Lebuhraya Utara-Selatan, di sini, semalam.



Ketiga² gambar ini diambil dari carigold.com yang dikongsi oleh Strom

Dalam kejadian jam 5.40 pagi, anggota bomba terpaksa mengutip cebisan otak mangsa berusia 30 tahun dan berasal dari Jitra yang tidak bernyawa di dalam kenderaan itu.

Difahamkan, kenderaan Toyota Hilux terbabit sarat dengan minuman keras dipercayai dalam perjalanan dari Alor Setar menuju ke Sungai Petani sebelum melanggar belakang sebuah treler membawa muatan simen dari arah sama menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.


ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam kemalangan, semalam. - myMetro

Kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu kenderaan itu dikatakan gagal mengelak treler terbabit yang secara tiba-tiba memasuki lorong kanan menyebabkannya terus melanggar bahagian belakang kenderaan berat berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja, Alor Setar, Penolong Penguasa Bomba Mohd Izham Abdul Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan jam 5.58 pagi dan dimaklumkan mangsa parah akibat tersepit dalam kenderaan.

No comments: