August 05, 2014

Boikot McDonald's Jumaat ini atau Setiap Hari?

"Hari boikot MCD Jumaat ini...!" Kelantangan dan keberanian ramai umat Islam Malaysia memboikot McDonald's telah mendatangkan kemarahan pihak Jabatan Perundangan McDonald's Malaysia. Oh, sungguh kesian kan pada McDonald's? Beza boikot makanan dan teknologi. Aku pernah menulis tentang boikot McDonald's ini. Teknologi tak perlu diboikot selagi bermanfaat pada agama kita, contohnya kita dapat berita semasa tentang saudara Islam kita diseluruh dunia serta segala ilmu bermanfaat.

Hatiku sebak dan menangis setiapkali menonton atau membaca berita mengenai saudara Islamku dibumi Palestine

Ya Allah hancur hatiku melihat penderitaan mereka.....

Siapa lebih kesian? Saudara Islamku di Palestin yg dibunuh disembelih setiap hari atau McDonald's yg beribu-ribu malah ratus ribu keuntungan? Berapa ratus ribu saudara Islam ku di Palestin sudah terbunuh disembelih setelah berpuluh tahun dibantai zionis Israel? Undang² dunia masih senyap dan hanya lantang bersuara di media tanpa mengambil sebarang tindakkan kepada zionis Israel.

Jadi, pemboikotan segala jenis makanan penyumbang Israel ini adalah satu amalan mulia walaupun jihad atau usaha yang sangat kecil tetapi umpama penyapu lidi, jika sebatang mungkin tak memberi kesan. Tapi bayangkan jika banyak? Akhirnya pemboikatan itu pasti memberi kesan yg besar. Alhamdulillah, aku dah berjaya boikot banyak produk makanan penyumbang Israel selama bertahun/berbulan termasuk McDonald's.



 Pesanan boikot McDonald's yang tersebar di media sosial.

Zionis Israel

SHAH ALAM – Setelah beberapa siri bantahan dilakukan rakyat di negara ini terhadap produk yang dikatakan menyumbang kepada rejim Israel, kempen itu nampaknya semakin diperhebat dari hari ke hari.

Melalui satu pesanan dan gambar yang kini menjadi viral di laman sosial,  orang ramai diajak memboikot McDonald's bermula Jumaat ini di seluruh negara.

Tiada maklumat setakat ini siapakah penganjur kepada kempen tersebut.

“Hari Boikot McD Malaysia!!! Bermula 8 Ogos 2014 jam 7 pagi hingga 7 pagi. Boikot McDonald's bermula Jumaat ini sehingga Zionis Israel seratus peratus keluar daripada Palestin,” tulis pesanan itu.

Demo McD Dungun, Terengganu - sumber fb

Pemerhatian Sinar Harian Online mendapati rata-rata pengguna yang berkongsi perkara tersebut di laman sosial masing-masing menyokong kempen berkenaan. - sinar harian

No comments: