August 12, 2014

Bunuh Bayi Kerana Kencing Ketika Tukar Lampin

Bayi dibawah Sincere William, berusia setahun dilibas mati dengan tali pinggang kulit oleh kekasih ibunya kerana kencing ketika menukar lampin pakai-buang. Sincere mati ketika dirawat di hospital. Kejadian berlaku di Florida, Sabtu lepas. Pembunuh tersebut Austin Hamilton, didakwa atas tuduhan mendera dan membunuh.

 Sincere William

Tiffany Williams mempunyai dua orang anak lelaki, Sincere dan anak sulung berusia 6 tahun. Hamilton bukan bapa kepada mereka. Ketika kejadian Tiffany berkerja, manakala anak-anaknya ditinggalkan bersama kekasihnya untuk dijaga. Hamilton sendiri yang menelefon 911 setelah mendapati Sincere sukar bernafas selepas didera olehnya. Malah Hamilton memberitahu polis bahawa dia tidak memukul mahupun mendera bayi terbabit, dan tidak terlibat langsung dengan kematian Sincere. Namun akhirnya mengakui bahawa dia tidak dapat mengawal perasaan, dan memukul Sincere dengan tali pinggang sebelum kanak-kanak tersebut terjatuh dan terhantuk kepala. - asiantown.net.

 Tiffany Williams

 Austin Hamilton

No comments: