August 05, 2014

Cadbabi Promosi Baru Cadbury

Cadbury satu ketika dulu adalah coklat kegemaranku. Jangankan pelbagai jenis coklat cadbury, cadbury cookies pun selalu dimeja office ku dan peti sejuk rumahku. Setiapkali memandu pulang ke Pahang, coklat cadbury bagai suatu kemestian menemaniku. Kini hanya tinggal kenangan, setiapkali lalu didekatnya ketika dikedai mahupun pasaraya aku hanya menoleh kosong. Cadbury tak bersalah. Yang bersalah yg menternak cadbury, dan memasukkan cadbury kedalam cadbury.

Harga semakin murah tetapi sikitpun hati ini tidak teringin untuk membelinya. Sungguh cadbury sikap syarikat mereka mempedayakan penggemar Islam dengan status halal yang meragukan. Macam appa sekejap haram, sekejap halal. Didalam Islam sesuatu yang meragukan haruslah ditinggalkan......so, bye bye Cadbury. Mari kita baca artikel yg kupetik dari tranungkite.net dibawah.
 
Pelbagai cara dapat dilihat dilakukan oleh pihak Cadbury Malaysia, antaranya dengan membuat video hari raya, untuk mengembalikan semula imej mereka setelah tercemar dengan isu DNA babi baru-baru ini.

Tetapi, seorang forumer dari laman forum carigold.com telah memuatnaik gambar satu bungkusan produk cadbury, yang mana dijadikan kartun babi sebagai 'model' produk berkenaan. Dikatakan, produk berkenaan telah didapati di Pasaraya Hero Kelana Jaya.




Setelah disiasat, sememangnya produk ini adalah produk dari cadbury. Selain dari babi, memang ada beberapa haiwan lain diguna untuk mempromosikan produk ini. Produk ini adalah produk dari luar negara. Jika dilihat kepada pembungkusannya, memang bukan dari Malaysia.

Yang menjadi persoalan sekarang adalah bagaimana produk ini boleh masuk ke Malaysia, sedangkan isu DNA babi masih lagi panas diperkatakan. Dan jika tidak berkaitan dengan isu DNA babi sekalipun, produk gambar babi ini memang tidak patut ada di Malaysia-sumber ping busuk.

No comments: