August 11, 2014

Disimbah Minyak Panas Enggan Bagi Makanan

Aduh. Sedih aku tengok perempuan ni menangis kesakitan disimbah minyak panas. Muka lelaki penyimbah tu pun poyo saja. Padanlah kena maki dengan orang² ditempat kejadian. Pergilah cari kerja, di pam minyak atau basuh pinggan di restoran pun tak apa. Itu kerja yg mulia, dari mengemis tak bermaruah kemudian buat jenayah pula. "Kau tunggulah keluar, pecah muka kau kat luar." Ucap salah-seorang antara orang ramai yg tidak dapat menahan marah selain bermacam lagi carut-marut dan sumpah-seranah yg dihadiahkan kpd lelaki tersebut sebelum dibawa pergi oleh polis.

Minyak ini tiada kena-mengena

Kuala Lumpur: Berang tidak diberikan makanan, seorang kutu rayau bertindak menyimbah minyak panas ke badan seorang pekerja medan selera di Kompleks Pertama, di sini, menyebabkan mangsa terpaksa dikejarkan ke hospital, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa Sofea Batrisyya, 30, yang juga warga Indonesia didatangi seorang lelaki ketika dia bekerja di medan selera terbabit.

Suspek yang juga seorang kutu rayau berusia 40 tahun itu dikatakan meminta makanan daripada mangsa tetapi tidak dihiraukan.

Lelaki itu yang kemudiannya marah kerana tidak diberikan makanan terus masuk ke dalam dapur dan mengambil minyak panas.

Suspek menyimbah minyak panas berkenaan ke badan mangsa menyebabkannya menggelupur kesakitan sebelum dibantu oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian. - myMetro

Video dari Suara Tv


No comments: