August 28, 2014

Ditumbuk Gara-gara Marah Diraba

Mary Brandon (gambar) 22 tahun, mengalami kecederaan teruk setelah ditumbuk oleh suspek yang merabanya sehingga pecah dan lebam di muka. Wanita ini ditumbuk kerana beliau menghalang dari terus menjadi mangsa raba oleh lelaki berkenaan. Kecadburyan apakah?

Kejadian berlaku ketika dia bersama orang ramai meraikan Notting Hill Carnival. Polis Metropolitan mengesahkan akan menyiasat kes tersebut. Pihak polis mengesahkan semakin banyak kes keganasan dan gangguan seksual meningkat pada setiapkali karnival berlangsung.

Menyedihkan. "Adalah lebih baik membiarkan saja diri anda disentuh atau diraba oleh sesiapa jika tidak mahu disakiti atau diperlakukan begini." Respon yang diterima ketika Mary menyuarakan ketidakpuasan hati bersama teman-teman. Bagaimanapun, demi maruahnya Mary mengakui "rela ditumbuk berulang kali pada masa akan datang jika melalui situasi yang sama daripada terus membiarkan diri menjadi mangsa gangguan seksual lelaki." - asiantown.net

Bawah - Notting Hill Carnival

No comments: