August 08, 2014

Ibu Temui Anak yg Hilang Ketika Tsunami 10 Tahun Lalu

Raudhatul Jannah hanya berumur 4 tahun ketika berlakunya Tsunami besar dibeberapa negara termasuk Acheh Indonesia 10 tahun lalu. Kini dia telah muda remaja berusia 14 tahun. Dia yang hilang dihanyutkan tsunami bersama abangnya yang ketika itu berusia 7 tahun ditemui selamat dibawah jagaan seorang wanita warga emas yg tinggal di Barat Daya Acheh. Namun begitu abangnya masih belum diketahui nasib.

Jamaliah bersama anak mereka ketika bertemu di Meulaboh Acheh - Gambar abc.net.au/news

Raudhatul dikesan baru-baru ini apabila bapa saudaranya yang menyedari gadis seiras anak saudaranya itu memberitahu kakaknya Jamaliah tentang perkara tersebut. Ibu-bapa Raudhatul yg gembira dengan berita 'tersebut segera menemui anak mereka. Berita penemuan itu adalah satu keajaiban bagi mereka kerana beranggapan anak-anak mereka yg hilang itu telah tiada. Pasangan suami-isteri ini memberitahu mereka bersedia melakukan ujian DNA sekiranya ada pihak yg meragui kesahihan tersebut.

Akak Milokaw rasa mungkin ada tanda lahir atau sebagainya yg menyebabkan mereka yakin itu adalah darah-daging mereka, lagipun instinct ibu-bapa kan. lagipun (berapa banyak lagipun daa) wajah Raudhatul sebiji macam ibunya, photostat, tentu mudah untuk dikenalpasti. Apapun syukur dan tahniah kepada keluarga ini, jangan lupa juga kepada makcik yang baik hati bersusah-payah menjaga dan membesarkan Raudhatul Jannah :-)

Jamaliah memegang gambar Radiathul dan abangnya Arif Pratama ketika tahun 2004

Raudhatul memberitahu ibunya kemungkinan abangnya masih hidup dan berada di Pulau Banyak memandangkan mereka terkandas bersama ketika dihanyutkan oleh Tsunami dulu.

Fakta: Tsunami 2004 telah mengorbankan 230 000 orang termasuk rakyat Malaysia. 170 000 daripadanya adalah penduduk Acheh. Berita ini dipetik dari mirror.co.uk


No comments: