August 17, 2014

Isteri Maki Suami Babi Sial Gara-Gara Hutang

Benarkah ada pergaduhan ini? Dasyat juga caci-maki yang dilontarkan isteri lelaki ini. Tiada sebarang komen untuk isterinya. Aku tidak melalui situasi mereka, dan hanya mereka berdua saja yg tahu permasalahan yang sebenar. Sikap 'cool dan tenang' suami wanita ini wajar dicontohi sekalipun jika berada dipihak yang salah. Artikel dibawah aku petik dari webberita.com

ADUHAI…geleng kepala kami melihat ‘screenshot’ mesej antara pasangan suami-isteri yang dikongsikan di akaun seorang pengguna Facebook.






Menerusi pembacaan kami, mesej tersebut merupakan pertengkaran antara pasangan itu akibat hutang bank si isteri yang berjumlah RM100,000.

Si suami dilihat lebih tenang daripada si isteri yang menyumpah-seranah, mungkin kerana terlalu mengikut emosi.

Mungkin kerana tidak tahan, si suami meminta isterinya bersama-sama pergi ke pejabat agama bagi memfailkan perceraian. Bagi kami, masalah sebegini sebenarnya dapat diselesaikan jika kedua-duanya berbincang secara tenang dan tidak mengikut emosi.

Dalam hal ini, si isteri juga tidak seharusnya menggunakan bahasa yang terlalu kasar sehingga mengguris hati suami. Apapun, kami harap para pembaca dapat menjadikan ia sebagai pengajaran ya… – webberita.com

No comments: