August 05, 2014

"Jampi Tundukkan Wanita"

Apa? Jampi tundukkan wanita? Hurm, kat milokaw ni jampi tundukkan wanita tak ada. Kalau tundukkan kepala ada lah. Haii....bermacam keyword search yg aku lihat dan baca setiap hari. Comel betul korang ni kan. Kadang-kadang keyword search sedih, kadang² serious, kadang² kelakar, lucah 18sx pun banyak. Cuma aku malas nak print screen, kadang² tersenyum sendiri membaca. Aku pun macam tu juga kalau nak cari artikel.Yang paling aku suka mestilah "milokaw.blogspot." Means pembaca memang nak tengok apa yg ada dalam Milokaw.


Berbalik pasal jampi tundukkan wanita. Aku syorkan kepada bro/kak/adik/ yang cari jampi serapah bomoh, tak payahlah sesusah jampi-jampi tunduk ni. Bimbang nanti kena tampar macam buaya pula. Aku syorkan baik berdoa dan solat hajat serta solat istikharah. Tu lebih afdal.

Bukan apa, kalau berjaya melalui jampi sekalipun dibimbangi bila berjaya mengahwini wanita yg anda jampi itu kelak, wanita tersebut tidak ikhlas menerima anda. Dia menurut hanya sebab jampi-serapah. Selama mana anda mampu nak jampi? Selama mana mampu bertahan? Apatah lagi itu perkara syirik, khurafat dan berdosa disisi Allah. Satu lagi, buatnya wanita itu tundukkk saja kat anda 24jam7hari, tak ke bosan? Tak hangkat² kepala. Ok...aku buat² salah faham.

Berbeza dengan Doa, Solat Hajat mahupun Istikharah, itu disuruh oleh Allah. Berdoa hingga habis nyawa pun tak apa, tetap mendatangkan pahala. Jadi berdoalah untuk wanita / gadis idaman anda itu. Ok? Tak payah jampi-jampi tok moh ni. Ingat tu.

Ni satu lagi keyword yg baru " pejuang katak hamas" ------ Apakah? Tahulah blog aku ni ada burung dan katak...tak pasal-pasal pejuang Hamas jadi pejuang katak hamas :)

No comments: