August 07, 2014

Jangan Tonton Video Ini Jika Anda Penggeli Ular

Setiap tahun beribu-ribu ekor ular spesis Garter snake akan berkumpul di Narcisse Snake Dens yang terletak di Manitoba, Canada pada musim bunga. Inilah tempat persidangan pengumpulan ular terbesar dunia selepas keluar dari sarang gua bawah tanah sehabis musim salji. Malah menjadi salah-satu daya tarikan pelancongan ke Manitoba, Canada.

Korang google lah sendiri gambar ular-ular di Narcisse ini. Tak sanggup aku nak upload.....nak fengsan rasa tengok mereka melepak ramai-ramai. Kebesaran Allah. Itu saja yg mampu aku lafazkan.

Pengumpulan mereka tidaklah lama, selepas perubahan musim kepada musim panas mereka akan bersurai ke paya-paya pula. Oh ya, video ini bukan untuk mereka yang menghidapi lemah jantung. Dikhuatiri akan memudaratkan kesihatan jantung anda. Jantung aku pun menusuk rasa melihat gambar2 ular tu....seram dehh. Banyak bangat......ngomong Indonesia gitu.

Nasihat aku (walaupun aku yg upload video ini dalam Milokaw), jangan tonton video ini jika anda seorang yang penggeli kepada ular.

Seriously, aku pun geli tapi buat-buat tak geli. Kalau aku ni 'tak kisah' sangat sudah tentu aku dah upload gambar-gambar mereka disini dengan jayanya. Aku tak tahu bagaimana perasaan orang yg terlibat dalam rakaman video ini, siap bermesra pegang-pegang dan sepak-sepak manja lagi, mungkin mereka tak rasa geli kot?


No comments: