August 16, 2014

Jom Mandi Air Terjun Angel Falls Venezuela

Ada hati nak mandi air terjun tertinggi dunia? Air terjun rendah dalam Malaysia pun tak pergi ni kan pula yang paling tinggi di dunia? Jauh pula tu. Kalau setakat kat Pahang, bolehlah juga pergi. Bisik hati Puan Milokaw. Apa salahnya berangan kan....mana tahu kot-kot jadi kenyataan dapat melancong kesini. Kata orang Nothing Impossible. Sedikit info tentang Air Terjun Malaikat Angel Falls ini.


Menurut Wikipedia dan goista.com, Air terjun paling tinggi didunia ini mempunyai ketinggian 979 meter atau 3212 kaki. Hampir 1km. Hanya mengambil masa lebih-kurang 5 jam berkayak dari Canaima Village untuk sampai ke air terjun ini. Nama Angel Falls adalah bersempena nama Jimmy Angel, yang merupakan Pilot US warga Amerika yg pertama menjumpai air terjun ini. Abunya juga telah disemadikan di sini pada 2 July 1960.
 





Gambar-gambar: Goista.com

No comments: