August 05, 2014

Kes Cerai RM2.7 Billion Jutawan Malaysia

Jika kecantikkan, kekayaan, dan 'kehenseman', itu adalah syarat utama sebuah kebahagiaan, maka tentulah Allah itu tidak adil. Kerana sudahlah cantik, kaya, hidup tiada masalah pula. Sebab itulah kita lihat berapa ramai pasangan yg terlihat 'sempurna' dimata manusia, tetapi realitinya tidak bahagia.


Sedangkan manusia yg terlihat serba-kekurangan harta dan paras-rupa tetapi menjalani hidup dengan bahagia dan tenang sehingga ke akhir hayat mereka, walaupun mungkin cuma berbasahan dalam hujan naik motor bersama suami dan anak. Atau berpanas menunggu bas ditepi jalan..........

PAULINE Chai Siew Chin berjuang menuntut harta pencarian daripada bilionair Khoo Kay Peng yang mahu menceraikannya. Gambar dipetik daripada akhbar The Sunday Times, United Kingdom.

PUTRAJAYA - Kes perceraian antara bekas Ratu Cantik Malaysia, Pauline Chai Siew Phin dan suaminya, bilionair Tan Sri Khoo Kay Peng yang membabitkan harta sepencarian bernilai £500 juta pound sterling (RM2.75 bilion) memasuki episod baharu semalam.

Ia berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan di sini yang memerintahkan Mahkamah Tinggi supaya mendengar dengan kadar segera isu bidang kuasa dan status mastautin dalam kes tersebut.

Panel lima hakim dipengerusikan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Suriyadi Halim Omar tidak membenarkan permohonan Kay Peng, 76, untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintahkan kes itu dikembalikan semula ke Mahkamah Tinggi.

Artikel Penuh: Kosmo -  Hakcipta terpelihara

No comments: