August 11, 2014

Kisah Benar Pemuda Miskin Jadi Jutawan

Video menarik dibawah menceritakan tentang kisah bagaimana seorang pemuda miskin akhirnya menjadi seorang jutawan hanya dengan sifat tawakkal dan bersandar sepenuhnya kepada Allah SWT tanpa berputus asa dari rahmat Allah.

 Gambar Hiasan

Kisah bermula dimana suatu hari  ketika berada di Mekah, dia merasa sangat lapar tapi tidak punya makanan atau wang untuk membeli makanan. Tiba-tiba pemuda ini menemukan sebuah beg uncang kecil yang berisi seutas rantai mutiara yg sangat cantik dan tidak pernah dilihatnya. Menyangkakan dia telah mendapat kekayaan, tetapi tiba-tiba seorang tua mengumumkan sesiapa yg menemukan dan memulangkan beg uncangnya yang berisi rantai itu kepadanya dia akan memberikan 500 dinar sebagai 'hadiah' atau habuan.

Lelaki ini yg mendengar pengumuman tersebut menyedari bahawa beg uncang yang ditemui itu haruslah dipulangkan kepada pemiliknya. Lalu memberitahu orang tua tersebut yang dipercayai jutawan agar kerumahnya untuk mengambil beg uncang tersebut sambil menanyakan ciri-ciri rantai tersebut. Orang tua tersebut menceritakan dengan terperinci bagaimanakah rupa rantai tersebut, malah bagaimana beg uncang tersebut kelihatan. Nah, terbukti itu memang milik orang tua tersebut. Pemuda ini tanpa rasa ragu memulangkan semula beg uncang tersebut walaupun sangat memerlukan wang dan makanan untuk dirinya. Dia juga tidak mengambil wang 500 dinar yg dihadiahkan lelaki tua itu kerana merasa tidak layak.

Ringkas cerita, akhirnya lelaki ini menaiki sebuah kapal dan kapal tersebut karam, ramai yg lemas manakala dia pula dihanyutkan kesebuah pulau. Di pulau tersebut dia menjadi guru mengaji al-Quran dan mengajar menulis kepada anak² penduduk kampung disitu. Mereka menghadiahkan berbagai nikmat dan saguhati kepada pemuda ini sebagai tanda menghargai dan terima kasih. Akhirnya mereka mencadangkan pemuda ini berkahwin dengan seorang gadis yg kematian bapa, sebagai taktik kerana tidak mahu pemuda ini meninggalkan kampung mereka. Mulanya dia menolak kerana belum memikirkan hal perkahwinan, tetapi setelah terus dipujuk akhirnya dia bersetuju.

Pada malam dia diperkenalkan dengan pengantinnya pemuda ini terkejut melihat rantai yg dipakai oleh gadis cantik tersebut adalah rantai yg dipulangkan kepada lelaki tua ketika di Mekah tidak lama dahulu. Akhirnya tahulah beliau bahawa gadis itu adalah anak kepada lelaki tersebut. Orang kampung yg mendengar kisahnya semuanya terharu dan bertakbir. Mereka memberitahu pemuda ini bahawa bapa gadis tersebut  ketika hidupnya sering menyebut kebaikkan pemuda ini dihadapan mereka dan sering berdoa agar anak gadisnya akan dikahwinkan dengan pemuda yg memulangkan beg uncang miliknya kerana lelaki sebaik pemuda ini sukar untuk ditemukan. Mereka terharu kerana dihadapan mereka itu adalah pemuda yg selama ini diceritakan oleh bapa gadis tersebut.

Pemuda ini hidup bahagia bersama isterinya dan dikurniakan dua cahaya mata. Sekali lagi Allah menguji pemuda ini, isteri dan dua anaknya meninggal. Dia tetap menyandarkan tawakkal dan berserah diri sepenuhnya kepada Allah. Akhirnya, selepas pemergian isteri dan anak-anak yg dicintainya dia menjual rantai tersebut yang bernilai 100 ribu Dinar. Itulah kisah bagaimana seorang hamba Allah dari seorang yg miskin dan kelaparan akhirnya berkat tawakkal kepada Allah mendapat kekayaan yg didambarkan ramai manusia. Untuk kisah yang lebih terperinci pembaca bolehlah mendengar sendiri video dibawah.



No comments: