August 25, 2014

Kopi Tahi Gajah Bakal Menggugat Kopi Tahi Musang?

Benarkah? Hakikatnya, Kopi Tahi Musang atau kopi luwak masih menjadi pilihan utama bagi golongan kaya di hotel-hotel mewah. Masih menempati carta tertinggi dan tidak bisa ditandingi oleh mana-mana najis setakat ini. Hatta najis gajah sekalipun. Cuma sekarang mereka mempunyai dua pilihan sama ada kopi tahi musang atau kopi tahi gajah, penemuan terbaru? Kopi tahi gajah pun sodappp.....semakin kaya, semakin pelik benda yang di makan.

BANGKOK - Orang ramai yang ingin menikmati keenakan kopi yang menggunakan biji-biji kopi daripada najis gajah perlu membayar pada harga AS$70 (RM221) secawan.









BIJI kopi dikutip daripada najis gajah di sebuah pusat pemuliharaan haiwan itu di wilayah Chiang Rai, utara Thailand.

Pengasas kopi jenama Black Ivory itu, Blake Dinkin, 44, berkata, dia telah menemui kaedah terbaik untuk menghasilkan kopi paling enak secara semula jadi menggunakan gajah-gajah yang dipelihara di kawasan Tiga Segi Emas Thailand di Chiang Rai.

"Kaedah ini dapat mengurangkan manis kopi selain mengekalkan rasanya. Saya inginkan pengguna menikmati rasa kopi yang sebenar, tidak pahit serta ada aroma bunga dan coklat.

"Gajah itu membantu membuangkan rasa manis dalam biji kopi secara semula jadi," kata Dinkin sambil memberitahu, biji kopi berkenaan hanya boleh didapati di hotel-hotel mewah di seluruh Asia dan negara timur tengah.

Kopi tersebut bagaimanapun tidak dapat menandingi kopi luwak yang dihasilkan menerusi najis musang di Indonesia kerana berharga AS$100 (RM316) secawan. - Agensi

No comments: