August 09, 2014

Lelaki India Pakai Baju Diperbuat Dari Emas

India terkenal sebagai negara miskin, namun bagi golongan kaya pula akan terlebih kaya hinggakan baju pun diperbuat dari emas? Kalau tidak emas pun, rumah seperti mahligai contohnya Shah Rukh Khan dan selebriti2 Bollywood yg lain. Tersangatlah kaya. Lelaki dibawah Pankaj Parakh, seorang businessman memakai baju yg diperbuat dari emas tulen 18-22 karat di Mumbai, sempena kelahirannya yg ke 45 tahun. Walaupun bukan emas sepenuhnya, namun sudah 4kg emas digunakan untuk baju ini dan harganya ialah $211,000.00.


Nampak tak jaluran-jaluran gemilang pada baju beliau? Itulah emasnya. Dia memerlukan empat orang bodyguard pada setiapkali memakai baju emas ini semata-mata untuk menjaga keselamatannya. Mereka terdiri dari tentera yang diupah (siapa tak nak duit beb) Nanti kena culik dan rompak pula kalau tak diiring pengawal. Selain untuk menarik perhatian ramai, Pankaj juga berhasrat agar tersenarai didalam Guinness Book of World Records. Berita lanjut di asiantown.net. 'No money for shoes??' Tanya asiantown. Betul juga tu.



No comments: