August 31, 2014

Makan Coklat Rahsia Nenek Panjang Umur

Wanita mexico ini Leandra Becerra Lumbreras, adalah wanita tertua dunia, dan hari ni genaplah 127 tahun usia nenek ini, lahir pada 31 August 1887......Wahh, kalau kat Malaysia ni nenek dah kira anak merdeka tau....tapi masa tahun negara kita merdeka, nenek ni dah berumah berumur ?? Kiralah sendiri :)


Rahsia nenek ini panjang umur katanya adalah mengamalkan makan coklat. Selain menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti. Masih aktif menjahit dan membuat tenunan hinggalah dua tahun lepas kata cucunya.

Pun begitu, lepas ni tak payah lah kita berlari ke Jusco atau Econsave cari coklat pula :-) Dalam Islam kita pun tahu rahsia panjang umur adalah hak mutlak Allah SWT. Cuma kewajipan kita menjaga kesihatan, soal panjang atau pendek serahkan pada Allah. - sumber asiantown.net




No comments: