August 11, 2014

Maradona Tampar Wartawan Kenyit Mata Pada Bekas Isterinya

Siapa Maradona? Kakibola sebut saja nama pemain ini terus tahu siapa. Bagi aku yang bukan kaki bola pun tahu juga walaupun tidak 'kenal sangat. Kalau Madonna aku lebih kenal. Mungkin sebab aku suka La isla Bonita? Ok, bagi yang tidak tahu Maradona ini adalah salah seorang pemain bolasepak terbaik/terkenal dunia suatu ketika dulu, tahun bila? 90-an.

"Idiot" Ucap Maradona sebelum menampar lelaki ini

Diego Maradona 53, pemain lagenda Argentina telah menampar seorang wartawan yg dilihat cuba bermain mata dengan bekas isterinya iaitu Veronica Ojeda. Kejadian tersebut berlaku ketika dia bersama bekas isterinya dan anak lelaki mereka menaiki kereta bersama. Mereka meluangkan masa bersama sempena Children's Day di Buenos Aires. Anak lelaki Maradona yg terlihat aksi winked; winked' wartawan tersebut telah mengadu kepada bapanya, apalagi Maradona pun naik berang dan hangin satu badan lalu pergi menampar lelaki miang tersebut.

Diego maradona dan Veronica Ojeda -- Gambar bila tak pasti

Aksi tamparan wanita Maradona tersebut telah selamat dirakamkan didalam video oleh para wartawan yg berada disitu. Aku rasa mungkin Maradona tertekan sebab banyak kontroversi yang melibatkan dirinya sepanjang bergelar pemain bolasepak, selain kes dadah, dan tembak orang. Atau sememangnya Maradona tak suka lelaki menggatal kepada isterinya walaupun sudah bergelar 'bekas isteri'? Berita ini Puan Milokaw petik dari news.sky.com.

No comments: