August 09, 2014

McDonald's, Pelanggan Melayu Sudah Tidak Datang

Tahniah rakyat Malaysia yang terdiri dari umat Islam dan non-muslim yang menyokong kempen boikot ini. Alhamdulillah. Allah pasti akan membalas usaha kecil ini. Actions speak louder than words. Teruskan jihad ini. Malam Semalam aku beratur di McDonalds bersama seorang teman. Aku mengambil salah-satu menu yg ada disitu. Sambil memegang tray yang berisi makanan aku memandang teman yang berada disebelahku dengan mukaku yg tebal dan malu kerana rasa bersalah sebab cakap tak serupa bikin, 'Awak bayar untuk akak kan? Awak belanja kan? Cuz akak dah lama boikot McDonald's......" Ucap aku kepada teman yg lebih muda dariku, tak mahu duitku mengalir pada zionis Israel yg menyembelih saudara Islamku. Dia mengangguk tanpa senyum...belanja yang tak dirancang dan terpaksa.

Ya Allah airmataku menitis melihat nasib saudara Islamku di Palestine


Cashier perempuan didepanku pula hanya memandang serious padaku. Aku terjaga. Syukurlah hanya mimpi. Hairan, dah lama aku tak jejakkan kaki di premis itu....rasa nak makan disitu pun tiada. 

Tinjauan Sinarharian ke salah-satu premis McDonald's lengang tiada pengunjung melayu, hanya beberapa orang pelanggan bukan Islam yg sedang menikmati makanan disitu. Dan disini aku kongsikan link reaksi pihak McDonald's Malaysia yg kesal tindakkan pemboikotan ini. Nasihatku, teruskan memboikot ya. Laporan pemboikotan dibawah.



Salah sebuah premis McDonald's di Shah Alam kelihatan sunyi tanpa kehadiran pelanggan, hari ini. - Foto Sinar Harian Online oleh MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI

SHAH ALAM - Kempen boikot produk pro Israel yang mengaitkan McDonald's yang bertebaran di media sosial dan aplikasi mesej seperti WhatsApp nampaknya benar-benar memberi kesan kepada rangkaian makanan segera itu.

Mana tidaknya, tinjauan Sinar Harian Online di beberapa kawasan sekitar Shah Alam hari ini mendapati premis makanan segera itu kelihatan lengang berbeza dengan sebelum kempen boikot dijalankan.

Seorang pekerja di kaunter sebuah cawangan McDonald’s mengakui bahawa kempen boikot yang dijalankan bermula beberapa hari lalu mendatangkan kesan ke atas premis berkenaan.

“Sangat-sangat kurang. Tiada pelanggan Melayu yang berkunjung ke cawangan McDonald’s ini manakala, pengunjung berbangsa lain juga kurang,” katanya.

Pemerhatian di premis tersebut sekitar jam 7 hingga 8 malam tadi juga mendapati suasana amat sunyi dan hambar.





Hanya kelihatan beberapa orang pelanggan bukan Melayu menikmati hidangan di situ.

Pekerja berkenaan juga turut terkesan dengan kes boikot ekstrem yang berlaku di Dungun Terengganu baru-baru ini.

Walaupun tiada ancaman diterima, tetapi dia meluahkan rasa takut dan tidak selamat dengan ancaman orang ramai yang memboikot keras jenama itu.

“Ada rasa takut juga, saya memakai jaket untuk melindungi pakaian seragam ini,” katanya. - Sinarharian

No comments: