August 19, 2014

Memori Dalam Hujan.....Aku dan Sidia

Hujan baru saja berhenti.

Sebut tentang hujan ni teringat kisah aku berpayung dengan suamiku. Ada satu hari tu, aku pakai baju kurung coklat keemasan, dan kebetulan payung yang aku bawa berwarna coklat, sempat suamiku menegur..'Baju coklat, payung pun coklat. Sedondon.' Aku senyum. Dia memegang payung tersebut sebaik kaki kami melangkah dalam hujan. Oh..sungguh romantic saat itu.


Sebenarnya, hanya kebetulan. Sebab hari tu pakai baju warna coklat gold. Bukanlah sebab aku ni kaki sedondon pun. Tak pernah aku kisah pun baju warna apa, beg tangan warna apa. Apatah lagi payung. Yang penting sopan dan senonoh. Tidak serabai. Sesuai dengan tempat yg dituju. Color doesn't matter. As long as tak macam badut atau traffic light.

Satu lagi kenangan ketika hujan, aku naik motor bersama suamiku. Dia hantar ke tempat kerja. Hujan lebat banyak motor berhenti dibawah jejambat dan petrol pam. Sepanjang aku berkerja bertahun-tahun-tahun, itulah kali kedua aku naik motor ketempat kerja. Kali pertama, saja suka-suka masa baru lepas kahwin. Lenguh pinggangku. Tapi seronok juga, terasa macam bercinta pula naik motor berdua dengan suami. Nikmat sebenarnya bila ada ikatan yg halal. Kali kedua masa kereta dibengkel beberapa bulan lepas.

Masa naik motor dalam hujan kami berhenti di petrol pam, sebab hujan sangat lebat. Bila hujan hampir berhenti kami meneruskan perjalanan, kemudian hujan kembali lebat jadi terpaksa berhenti dibawah sebuah jejambat yang dah hampir dengan Cyberjaya.

Gambar tiada kena-mengena dengan kisah ini

Aku yang tidak punya pengalaman, dan agak kurang sabar menunggu bersuara "Jomlah abang, kita redah jer hujan ni." Mencadangkan kepada suamiku. "Sekejap lagi lah, hujan lebat ni." Jawab suamiku. Aku akur. Dah beberapa minit berlalu, "Hujan ni macam tak nak berhentilah abang, tak tahu sampai pukul berapa kena tunggu, jomlah redah saja." Akhirnya suamiku menurut cadanganku . Hujan yg masih turun membasahi bumi tidak kami peduli. Dalam hati kesian juga pada suamiku. Risau juga dia sakit kepala atau demam. Motor lain yang masih menunggu seperti terpinga-pinga melihat kami berlalu meredah hujan. "Lantaklah." Bisik hati aku.

Sesampai di office, habis basah baju dan tudungku. Nasib baik ada bilik belakang yang kosong berserta dengan kipas, nak harapkan aircond keringkan baju aku jenuhlah. Jadi, aku keringkan baju dan tudung dibilik belakang. Hampir 10 pagi hujan masih lebat.....syukurlah kami redah. Kalau tunggu, memang entah pukul berapa baru sampai MMU.

Aku sengaja tidak mengambil teksi sebab mahal. Pemandu teksi tu minta RM70 pergi balik kerja. Tu belanja aku balik Pahang. Minyak dan tol ke Jengka RM70. Sungguh tak berbaloi kalau aku ambil teksi.

Apa yang aku pelajari dari pengalaman ini ialah, bersyukur dengan apa yg ada. Walaupun tidak kaya, dan tidak banyak harta, namun merasai pengalaman ini mengajar aku agar menghargai setiap apa yg aku miliki. Satu lagi, benarlah hanya orang yang pernah melalui kesusahan saja yg tahu dan mengerti erti 'susah'. Orang yg kaya dan tak pernah lalui hidup dalam kesusahan pasti takkan tahu bagaimana rasa susah. Itulah hikmahnya Rasulullah SAW melalui hidup penuh kesederhanaan, walaupun ditawarkan emas-permata tetapi baginda menolak, malah harta yang ada bersama Siti Khadijah habis diinfak, disedekahkan untuk perjuangan Islam, dengan itu sebagai pemimpin baginda tahu bagaimana perasaan umatnya yg dilanda kesusahan, kemiskinan, dan kelaparan....

No comments: