August 11, 2014

Pasar Sihir Jual Peralatan Sihir

Pasar Sihir ini terletak di Cerro Cumbre, La Paz, Bolivia. Orang tempatan yang juga merupakan ahli sihir merupakan peniaga dipasar ini. Antara yang dijual ialah, janin lama, bangkai katak, batu astroid, burung hantu, dan bermacam lagi bangkai haiwan serta peralatan sihir yg dijual. Kononnya dapat memberi kemakmuran dan kebahagiaan kepada sesiapa yg membelinya. Juga dapat mencantik dan menyerikan wajah sesiapa yg membeli dan memakai bedak yg diproses dan dijual oleh mereka. Menurut laporan, ramai penduduk yang menyimpan janin kering dirumah mereka untuk dijual kepada peniaga pasar ini. Dan pasar ini juga menjadi salah-satu tempat tumpuan pelancong yg mahu melihat sendiri keunikan pasar ini. Rujukan: wikipedia encyclopedia











No comments: