August 28, 2014

Penangan "Ice Bucket Challenge"

Macam-macam kan, orang kita pun dah terbejangkit dengan 'aktivitas' ini. Ngomong Indonesia dong. Dibawah adalah berita dari luar negara yg aku petik dari dailymail.co.uk.

Kebanyakkan pasaraya mahupun pasar mini kehabisan ais berikutan ramai pelanggan datang membeli air batu semata-mata untuk menyahut cabaran ice bucket challenge. 'Per ke bendanya tu?' Tanya makcik Saleha sebelah rumah kehairanan. 'Bukan makcik sorang jer yang tak tahu, ramai tak tahu per ke bendanya ice batu bucket challenge ni. Aku pun tak tahu.' Jawab Melah dalam hati.

Gambar bawah adalah salah-satu pasaraya yang kehabisan ais, di Portsmouth, Bursledon, Hampshire.


No comments: