August 09, 2014

Pondan dan Pengkid Berkahwin - Wanita Jadi Ayah, Lelaki Jadi Ibu

Ohh....fening Puan Milokaw, bukan sebab makan kambing banyak. Bianca 32, wanita dalam gambar adalah lelaki, dan Nick Bowser 27, lelaki berbaju biru itu pula sebenarnya adalah wanita. Mereka adalah pasangan transgender, atau senang cakap pondan dan pengkid. Mereka berdua ini berkahwin dan telah dikurniakan dua cahaya mata yang comel. Di bawah ada gambar Nick Bowser ketika mengandung. Mereka tidak menukar alat jantina kerana tidak mampu menanggung kos pembedahan plastik, hanya paras-rupa dan penampilan saja yg mampu diubah seperti lelaki dan wanita.


Anak-anak pasangan ini tidak tahu bahawa ibu mereka itu sepatutnya bapa, dan bapa mereka sepatutnya ibu. Pasangan ini akan menjelaskan perkara sebenar kepada anak-anak mereka apabila tiba masanya kelak, paling awal pun usia 6 tahun, itupun jika anak-anak mereka telah dapat memahami apa yang cuba disampaikan.

Kalau nak bagi tahu sekarang pun, bukannya anak mereka faham. Khai 3 tahun, dan Pax usia lebih-kurang setahun, pasti tak mengerti apa-apa repekan ibu-bapa mereka. Yang mereka tahu main, dan nak susu. Boleh baca di web mirror.co.uk untuk cerita yg lebih lanjut. Gambar bawah adalah wajah Bianca dan Nick Bowser ketika zaman kanak-kanak, dan gambar mereka bersama dua orang anak mereka.






No comments: