August 08, 2014

Pulau Anak Patung Menyeramkan di Mexico

Misteri dan menyeramkan. Pulau ini letaknya di luar bandar, Mexico yg mengambil masa selama dua jam untuk sampai. Pulau ini kepunyaan Don Julian Santana, seorang peladang tempatan. Dia meletak dan menggantung patung-patung dikawasan ini agar tidak diganggu roh selepas seorang kanak-kanak perempuan lemas di tali air pada tahun 1950-an dahulu.


Hasilnya, selepas bertahun sudah lebih dari 1000 anak patung yg bergantungan dan diletakkan di merata-rata dikawasan pulau ini. Agak menyeramkan, kerana patung ini saban hari mereput dan ada yg terlihat seperti mayat kanak-kanak. Kawasan ini menjadi salah-satu perhentian bagi pelancong yang mahu melihat sendiri misteri nusantara ini.





Walaubagaimana pun, Don Julian Santana telah meninggal pada tahun 2001 kerana serangan jantung, pulau ini terus diduduki oleh sepupunya Anastasio yg meneruskan ritual (?) yg dilakukan oleh Don Julian dahulu bagi terus menarik pelancong agar berkunjung kesini. Sekian. Puan Milokaw melaporkan. Untuk berita lebih lanjut bolehlah layari di vocativ.com.

No comments: