August 19, 2014

Rogol Mentua, Perogol Jalani Pemeriksaan Mental

Sibu: Seorang lelaki berusia 42 tahun yang didakwa merogol ibu mentuanya berusia 69 tahun dalam kejadian di Kampung Jeriah di sini, Jumaat lalu akan dihantar ke Hospital Sibu untuk menjalani ujian saringan kesihatan mental.

Gambar:harianblogger.com

Polis turut mengesahkan ujian air kencing mendapati suspek bebas daripada pengaruh dadah, namun suspek mengaku terbabit dengan masalah penagihan syabu.

Sumber polis berkata, ujian saringan kesihatan mental itu akan dilakukan dalam tempoh terdekat bagi memastikan tindakan lanjut dapat dijalankan segera.

“Ujian itu penting untuk mengesahkan tahap kesihatan mental suspek sebelum sebarang tindakan diambil.

“Apapun, ketika kejadian, suspek melakukan perbuatan terkutuk itu dalam keadaan sedar,” katanya. - myMetro

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/19

No comments: