August 14, 2014

Seksanya Sakit Gigi....Nyut...Nyut..Sob

Hi guys....lama rasanya Puan Milokaw tidak menulis. Sebenarnya, aku baru saja pulih dari kesakitan gigi geraham yg amat-sangat. Dua hari MC semalam dan hari ni akibat tidak dapat tidur malam, seharian menahan kesakitan. Hanya orang yg pernah sakit gigi saja yg tahu bagaimana rasa. Rasa nak hempas2 dan hentak2 jer apa-apa yg mengganggu, seperti bunyi bising, bunyi orang menyanyi atau menjerit2..bunyi tv, bunyi motor buruk, bunyi apa-apa saja walaupun merdu. Semuanya bikin hati panas dan meradang.

Semua gambar tiada kena-mengena dengan kiah kisah ini

Bukan itu saja, malah malam semalam dek kerana tidak dapat tidur menahan kesakitan, aku pun google guna handphone (laptop memang tak disentuh langsung) cari klinik gigi 24jam, kot-kot lah ada dekat2 Kajang ni? Mau aku berlari ketuk pintu klinik suruh cabutkan gigi aku yang berdenyut2 tu hingga menyentap kesakitannya ke kepala. Hasilnya ketika mencari dan membaca blog tersebut, hati aku bertambah meradang membaca blog2 dan ayat yg lucu2 tentang saat mereka sakit gigi. Terus aku berhenti membaca! Itu tahapnya bila gigi dah terlampau sakit, kepala pun rasa sakit. Hati tidak mahu lagi terima segala tawa-riang berdekah-dekah. Segala lawak tidak dapat diterima sama sekali, walaupun hanya melalui pembacaan. Dengar orang bercakap pun mahu saja suruh diam. Teruk kan. Air mata jangan cakap....aku kan manja orangnya. Aku tak menangis, tapi apabila menahan kesakitan tersebut air mata bercucuran mengalir sendiri......lenjun pipi aku.

You all tau, (you all sangat) dua malam Puan Milokaw tidak dapat tidur...nyut...nyut...Baring salah, terlentang salah, mengiring salah, meniarap lagi salah, bangun duduk salah. Lastnya bangun duduk juga...sambil termenung dan menitis air mata, menunggu pagi untuk cabut gigi gerahamku itu. Bila dah terlalu letih, tertidur sendiri, dan terkejut semula bila denyutan sakit tu mencengkam hebat. Boleh kata setiap jam aku tersedar oleh denyutan sakit yg kuat.

Pagi tadi, tanpa berlengah aku ke Klinik Pergigian Saleha Suhaimi di Pekan Semenyih, kali pertama aku rawat gigi aku di klinik ini, Alhamdulillah aku puas hati. Tak ambil masa lama, lebih-kurang 15 minit termasuk menunggu. Orang belum ada sebab datang awal....bayaran pun berpatutan RM100. Sebab tak operate. Kalau operate RM250, masih munasabah. Terima kasih pada Doktor Amira, Sar, dan Kak Zai yg berkerja di klinik tersebut, kata kak Zai pembantu disitu biasanya Doktor Saleha yang rawat pesakit, tapi beberapa minggu ni dia tak ada dan diganti oleh doktor Amira. Apapun aku puas hati sebab mereka semua baik2 dan peramah......tak sombong.


Sebenarnya klinik kegemaran aku ketika duduk di Seri Kembangan dulu adalah Klinik Pergigian Zainal Puchong Permai. Aku, kakak dan abang ipar aku suka klinik Doktor Zainal, sebab dah banyak kali kami buat rawatan disini, Doktor Zainal memang terbaik, bayaran pun berpatutan. Senang cakap kami suka. Tapi, sejak duduk Kajang Utama ni nak ke Puchong tu faham-faham saja lah....agak jauh dan jalan pun sesak. Jadi, sebab tu aku putuskan untuk mencuba di klinik Saleha Suhaimi ni pula. Alhamdulillah, lepas balik cabut gigi tadi aku bagitau kakak aku lepas ni bolehlah cuba di klinik mereka pula. Sebab layanan, bayaran, dan service bagus. Sebenarnya aku diberitahu di Bandar Kajang pun ada klinik mereka...

Hari tu aku operate gigi geraham bongsu aku yang tumbuh baring RM250 di klinik pergigian Doktor Zainal. Dan gigi geraham yang sakit ni adalah gigi geraham tengah yang menjadi mangsa sepakkan geraham bongsu yang tumbuh baring. Tak mahu tumbuh elok2. Nak baring juga.

Hasil tendangan tumbuh baring tersebut maka geraham yg sakit ni berlubang didalam, tanpa aku sedar dan nampak. Tahu-tahu dah sakit. Kata Dr.Zainal, boleh tampal sementara tapi kalau sakit kena cabut juga.........so aku memilih untuk tampal sementara RM60. Sebelum ni aku pernah tampal kekal gigi lain, RM80 di klinik dr. Zainal ni juga. 

Nasihat aku, kalau sakit gigi buatlah rawatan di klinik pergigian tak kisahlah kerajaan atau swasta, mana yang anda suka. Bukan tak percaya pada rawatan atau petua tradisional. Tapi masalah gigi ni, kalau dah rosak memang kena buang. Kalau disimpan, itulah sebabnya sampai ke akar-akarnya akan terus merebak rosak. Buatlah petua macam mana sekalipun sakit tu tetap akan berulang, tetap akan menyerang kembali. Kalau kita cabut dan buang tiada lagi masalah sakit berulang. Kecuali gigi yang masih boleh diselamatkan yang tu tak perlulah cabut.


Gigi yang sakit akan mengganggu tidur. Diwaktu malamlah serangan hendap akan dilakukan oleh gigi rosak. Makanya, tidak tidur malam atau tersiksa dimalam hari jika anda tidak mengambil rawatan yang tepat. Jika dibiarkan seminggu, seminggulah anda tidak dapat tidur lena. Jika sebulan, maka sebulanlah. Begitulah seterusnya. Malah aktiviti harian anda disiang hari turut terjejas, terutama apabila sakit berdenyut² tersebut datang.

Lagi satu, pandai2 lah pilih klinik, macam semalam satu klinik aku pergi, RM170 dan keatas untuk cabut gigi geraham, kalau kena operate RM700-900. Ada satu klinik tu pula RM400-500 jika operate. Klinik banyak, jadi pilihlah mana yang dirasakan terbaik. Nak yang mahal pun boleh. Yang murah pun boleh. Jangan takut untuk jumpa doktor gigi, sebab setakat ni belum pernah aku jumpa doktor makan orang kasar dan garang jadi, tak perlu takut hokay? :-) Tapi aku tahu, korang bukan takut doktor, hakikatnya takut hadapi kenyataan akan di periksa apalagi dibedah jika kritikal. Betul tak? :))

Terkini: Akak milokaw kembali berpindah ke Seri Kembangan

No comments: