August 03, 2014

Sambung Raya di Jengka 16

Aku baru balik dari Jengka 16, Pahang. Sampai Kajang pukul 9.40mlm. Bertolak ke KL pukul 6.30petang tadi. Jalan pun tak sibuk.
 Gambar hiasan duniawi

Jumaat hari tu lepas terfikir2 dan minta kebenaran suamiku, dapat greenlight darinya aku pun balik Jengka 16 lepas kerja petang tu.

Suami tiada disini kerana tugas. Walaupun tiada disisi tetap kena minta kebenaran dia juga kan....tu dah kewajipan setiap isteri. Ikutkan suami aku tanya jugak, nak balik lagi ke, kan baru lepas balik? Tapi nak buat macam mana dah isterinya ini tak puas lagi beraya sebab kena kerja hari tu..........jadi dia layankan saja. Bolehkan saja.

Tadi dalam perjalanan dari Pahang, ada dua kemalangan berasingan di Jengka 17 atau Jengka 18 aku tak pasti, beberapa kereta berlanggar belakang. Tak Nampak teruk, tapi tak tahulah bagaimana situasi mereka cuz aku tak berhenti tengok. Menyibuk pula kan.

Sesampai di KL pula kemalangan di lebuhraya berhampiran area Serdang Komuter. Nampak remuk teruk. Tapi tak Nampak pula sesiapa cedera, beberapa biji kereta berada ditempat kejadian.

Memang tak dinafikan jalanraya basah sebab hampir sepanjang perjalanan hujan. Jalan licin dan memandu laju boleh menjadi punca utama kemalangan. Atau boleh jadi saja terbabas walaupun tidak laju.

Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan mereka yang terlibat dlm kemalangan tadi. Tak ada sesiapa yg suka untuk ditimpa sebarang kemalangan dan situasi yang menyusahkan.

Oklah,nak tilah tidur. Sampai salah eja akibat mengantuk you. Tersangatlah mengantuk. Update blog pun tak larat..................huarggghh (buruknyer menguappp) ZZZzzzz



No comments: