August 16, 2014

Streamyx Bermasalah Pulokk.....

Dari malam tadi selepas aku update pasal Candi Borubudur internet tak boleh surf hinggalah petang ini kira-kira 3.00PM barulah streamyx pulih kembali. Mati kutu kau. Bangun pagi tadi selesai urusan lain, aku on streamyx masih lagi failed so aku call "100" TM nak tahu apa masalahnya? Oh...rupanya, mereka melakukan kerja-baik pulih, penambahbaikkan? jadi beberapa kawasan lembah klang mengalami gangguan, sebab tu button internet bernyala pun tidak. Dan-dan aku layan drama tv ngan mak aku.....siap komen lagi. Nampak sangat aku boring. Life without internet. OMG.


Alhamdulillah, sekarang sudah OK. Kalau aku di office sekarang Insyaallah tak ada masalah internet, laju pun laju. Selama bertahun-tahun-tahun disitu aku akui internet memang bagus, jauh lebih baik dari yg berbayar di rumah. Kalau duduk dalam kampus MMU pun rumah staff mahupun hostel memang free wifi, tak payah bayar monthly. Kelajuan sama. Nak access apa pun tak apa tiada sebarang sekatan. Dulu aku pernah duduk dalam MMU beberapa tahun. Tapi, sendiri beringatlah. Gunalah untuk kebaikkan. Walaupun tinggal diluar kampus, kami tetap dapat diskaun streamyx tak kira sama ada satay stay di Kajang atau dimana-mana saja.

Lagi-lagi sekarang tengah buat preparation untuk majlis konvokesyen yang akan berlangsung minggu depan. Kalau internet bermasalah mahu kena marah pulak TM ngan anak syarikat mereka MMU sebab orang tengah sibuk buat kerja. Tengah setup macam2, tengah testing system bagai, memanglah tak sesuai internet bermasalah time macam ni walaupun hujung minggu. TM pun mesti nak jaga nama baik mereka, konvokesyen university mereka kot. TM dah cakap hanya beberapa kawasan yang terjejas......jadi, bukan semua.

Aku akui, ramai pelanggan diluar sana yg sumpah-seranah streamyx sebab lembab slow problem dan macam-macam lagi. Hehe. Tu TM kena jawab. Alhamdulillah, streamyx rumah abah aku di Jengka 16 sejak dipasang beberapa tahun lalu pun tiada masalah, walaupun anak-anaknya semua berkumpul dan memasing surf internet, jarang sekali ada gangguan, atau lembab minta dimaki.

No comments: