August 26, 2014

Suami jalin Hubungan Sulit Upah Penagih Bunuh Isteri

SEORANG lelaki yang sanggup mengupah seorang penagih dadah untuk menikam isterinya sampai mati didakwa bersalah melakukan pembunuhan.

Menurut Daily Mail, tertuduh, Mohamed Ali, 65, menawarkan bayaran 1,000 pound (RM5,200) kepada Frederick Best, 47, untuk melakukan perbuatan kejam tersebut.

Gambar kecil Amina Bibi - sinarharian

Mangsa, Amina Bibi dipercayai ditikam lebih 70 kali dalam insiden menggemparkan di kediaman mereka di Forest Gate, timur London.

Mayatnya ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh anak sulung mereka yang berumur 11 tahun pada September lalu.

Hasil siasatan polis mendapati bebanan hutang dan hubungan sulit bersama adik iparnya mungkin menjadi motif utama Ali bertindak demikian.

“Amina ada menyimpan sejumlah besar wang di rumah mereka dan suaminya mungkin merancang untuk mencurinya dengan ‘bantuan’ Best,” kata jurucakap pihak berkuasa.

Difahamkan, Best diberkas di kediamannya kira-kira empat hari selepas insiden pembunuhan tersebut dan hasil siasatan lanjut turut membawa kepada penahanan Ali tidak lama selepas itu.

Kedua-dua mereka disabit bersalah atas tuduhan melakukan pembunuhan oleh Woolwich Crown Court.

No comments: