August 21, 2014

Tetap Lapar Walaupun Makan 180 Biji Pisang Dan 14 kg Nasi

Nampaknya tahap makan kanak-kanak 9 tahun ini, Suman Khatun, ditahap kritikal. Bukan hanya makan 180 biji pisang, 14 kg beras/nasi, Malah 8 kg kentang, dan 8 kg ikan, turut dimakannya dalam tempoh seminggu. Namun tetap lapar. Tak reti2 kenyang. Kalau Puan Milokaw, jangankan 14 kg nasi seminggu, 10 kg adalah beras untuk dua bulan dirumah ini.


Berasal dari Bengal Barat, India. Mengakui mengalami kesukaran untuk bangun dari tempat tidurnya. Selain itu sukar untuk berdiri, duduk, atau bermain bersama teman sebaya dek kerana saiz badan yang sangat gemuk. Membatasi dia untuk bergerak aktif atau menjalani hidup normal seperti kanak-kanak lain. Menurut keluarganya, mereka tidak sanggup membiarkan budak perempuan ini kelaparan, dalam masa yang sama turut risau sekiranya anak mereka diserang diabetes atau heart diseases kesan dari berat badan yang berlebihan dan tabiat makan yang tidak sihat. Berita dipetik dari Asiantown.net.



Gambar tidak berbaju ini ketika berumur 5 tahun

No comments: