August 23, 2014

TGHH Dilantik Sebagai Naib Presiden Ulama Sedunia

Tahniah kepada Tuan Guru Haji Hadi Awang kerana dilantik sebagai Naib presiden Ulama seluruh dunia. Alhamdulillah, besar amanah Allah yg perlu dipikul. Semoga Allah SWT merahmati tuan guru dan semua ulama-ulama baik di Malaysia mahupun seluruh dunia yg memperjuangkan Islam dunia-akhirat. Sebagai hambaNya yg mendambakan pemerintahan 'pewaris nabi' aku tumpang gembira dengan berita ini.

TURKI: Muktamar Kesatuan Ulamak Islam Sedunia yang sedang berlangsung di Turki ketika ini.

Mengangkat tangan sebagai tanda sokongan perlantikkan TGHH
 
Presiden kesatuan, Prof.Dr.Yusof Qaradhawi mencalonkan tiga nama bagi jawatan naib presiden iaitu Dr.Ahmed Raisuni, Syeikh Ahmed Khalili Mufti Kesultanan Oman dan Syeikh Abdul Hadi, iaitu Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dari Parti Islam Semalaysia, PAS. 
TGHH bersama TGNA





Keputusan disepakati dengan anggota mesyuarat mengangkat tangan tanda persetujuan.

Tahniah Tuan Guru Presiden atas kepercayaan dunia Islam kepada beliau dan PAS.

Sementara Presiden Sekretariat Ulama Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul Ghani Samsudin dipilih salah seorang daripada 20 ahli jawatankuasa kesatuan itu.

Sumber: Page rasmi kesatuan ulamak Islam sedunia 

tranungkite.net

No comments: