September 05, 2014

56% Atau 216, 048 Ribu Graduan Universiti Menganggur

Seramai 216,048 (56%) Graduan Universiti Menganggur Daripada 385,800 Penganggur di Malaysia. Apakah Punca dan Masalahnya? Berpelajaran tetapi tiada jawatan kosong dan pekerjaan. Itulah ungkapan yang sesuai dengan nasib para graduan yang keluar berpuluh ribu saban tahun.

 Berita dan gambar beritasemasa.com


Yang mana pencapaian agak serdahana, keluar sahaja tempoh pengajian selama lebih 3 tahun dan ke atas contohnya, keluar-keluar sahaja sudah memikul hutang sekurang RM15,000 dan ke atas berdasarkan kos di tempat pengajian masing-masing yang mereka pernah turunkan tandatangan akur janji sebelum ini.

Malangnya, “mimpi indah” yang diharapkan kalangan anak muda dan graduan universiti bagi mengisi jawatan kosong secepat mungkin, sebenarnya tidak semudah yang mereka sangkakan. Berdasarkan kajian yang dihasilkan oleh sebuah syarikat Manpower Staffing Services (M) Sdn Bhd melalui pengurusnya Sam Haggang mendapati :
  1. Masalah penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah : 56%
  2. Masalah sikap dalam diri yang teruk : 37%
  3. Mengharapkan gaji yang tidak realistik : 33%
  4. Kemahiran yang ada tidak berpadanan dengan kehendak pasaran : 30%
  5. Terlalu memilih kerja dan syarikat : 28%
  6. Tiada kemahiran menyelesaikan masalah : 26%
  7. Tahap pengetahuan yang lemah : 24%
Sedangkan majikan hari ini melihat dan menilai calon-calon yang dapat memenuhi kriteria seperti di bawah ini berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Manpower Inc. pada tahun 2008, antara lainnya ialah : 
  1. Ada intergriti dan jujur
  2. Mampu memberikan hasil kerja dan kualiti perkhidmatan yang terbaik
  3. Berkebolehan berkomunikasi dengan efektif
  4. Dapat memastikan kepuasan pelanggan syarikat ditahap yang terbaik
  5. Memiliki motivasi yang tinggi
  6. Mampu melakukan kerja dan tugasan yang diberikan tanpa terlalu bergantung harap dengan orang lain
Punca Graduan Universiti Tidak Capai Kehendak Pasaran Pekerjaan dan Jawatan Kosong di Malaysia? Melihatkan kepada faktor masalah graduan universiti menganggur yang semakin bertambah saban tahun ditambah dengan kehendak majikan hari ini, terdapat “masalah yang terus bernanah” yang masih belum mampu dirawati sehingga ke hari ini kepada kalangan anak muda.

Semuanya apabila Berita Semasa melihat kepada laporan International Student Assessment (PISA) yang menilai kepada kemahiran dan kekreatifan menyelesaikan sesuatu masalah pada tahun 2012 yang meletakkan :
  • Malaysia di tangga ke 39 daripada 44 negara
  • Anak muda di Malaysia dilihat tidak disediakan persekitaran yang kondusif dan juga tidak dilatih kemahiran yang benar-benar diperlukan di tempat kerja kelak
  • Daripada 100 anak muda di Malaysia, hanya 1 orang sahaja yang mampu menyelesaikan masalah yang paling kompleks berbanding 1 daripada 5 anak muda dari Singapore. Jepun dan juga Korea Selatan
Malah Kementerian Pengajian Tinggi sebelum ini telah mengariskan beberapa masalah yang perlu diselesaikan segera bagi meningkat tahap mutu pendidikan di Malaysia antaranya :
  • 93% daripada pemohon Sarjana Muda Pendidikan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) berada di bawah tahap pencapaian minimum dalam akademik pada tahun 2010
  • 67% daripada guru-guru yang menduduki ujian “Cambridge Palcement Test” gagal mencapai tahap penguasaa yang diperlukan untuk mengajar Bahasa Inggeris pada tahun 2012
  • 50% daripada pengajaran hanya memfokuskan kepada pemahaman kandungan yang agak minimum berbanding mengalakkan anak murid berfikir secara kritis
Gaji Pekerja Malaysia Vs Pekerja Thailand, Singapore dan Vietnam?


Dan Berita Semasa ambil contoh dalam industri ICT, hasilnya amat menyedihkan merujuk kepada kajian yang dilakukan oleh PIKOM dan juta Portal Jobstreet pada Jun 2014 mendedahkan berlakunya jurang gaji dan pendapatan yang besar melibatkan profesional ICT di Malaysia berbanding negara-negara lain seperti China, Hong Kong, Vietnam, Singapore, Thailand.

Hakikatnya, profesional Malaysia dibayar pada gaji dan pendapatan yang rendah dibandingkan negar-negara Asia Pasifik yang lain pada paras antara 10% – 30% lebih rendah berbanding negara-negara jiran serantau kita. Apa pendapat anda pula, ada cadangan untuk menyelesaikan isu dan masalah ini?

No comments: