September 03, 2014

Air Coklat Perisa Bangkai

Salah satu sebab aku geli untuk membeli produk bukan muslim. Seboleh mungkin stok dirumah, baik kicap, roti, meehun, sardin, minuman, dan mcm² lagi aku memilih produk muslim. Itupun, malam tadi aku baca  ramai juga peniaga melayu 'mendajal' menjual di gerai dengan memasukkan benda yang tidak sepatutnya. Contohnya pisang, kentang, bawang, ayam, dan beberapa makanan lagi digoreng dengan plastik dan straw. Itu pengalaman yg diceritakan oleh mereka yg melihat sendiri dengan mata kepala bagaimana peniaga melayu memasukkan plastik dan straw tersebut. Itulah ciri-ciri peniaga yg Allah janjikan neraka. Kalau dah Islam macam tu, apatah lagi kafir? Air coklat ni tak tahu kilang melayu atau non-muslim, susah nak jumpa air coklat kilang melayu.

Alor Gajah: Seorang lelaki warga emas mendakwa minuman bercoklat yang dibeli dari sebuah pasar raya hujung bulan lalu mengandungi bangkai disyaki tikus selepas anaknya mengadu sakit perut.
 
MOHAMAD menunjukkan rangka tikus yang ditemui dalam pek minuman bercoklat yang dibeli hujung bulan lalu.


Mohamad Hashim, 64, dari Kampung Sungai Petai di sini, berkata, dia sekeluarga tidak menyangka minuman berperisa coklat dinikmati ahli keluarganya itu dipercayai mengandungi bangkai tikus.

Menurutnya, dia terkejut selepas melihat bangkai dipercayai tikus dalam kotak minuman itu selepas anaknya, Hishamudin, 9, mengadu sakit perut ketika mahu ke sekolah jam 7 pagi semalam.

Katanya, bangkai tikus sepanjang empat sentimeter itu terkeluar daripada gumpalan serbuk minuman yang hampir keras ketika isterinya Siti Noraishah Kassim, 45, mahu mencedok menggunakan sudu.

“Saya beli pek minuman itu di sebuah pasar raya di Masjid Tanah awal bulan lalu. Pagi tadi (semalam) isteri mengadu bau busuk apabila membuka bekas berisi minuman itu, namun saya tidak menghiraukannya kerana bersiap menghantar anak bongsu ke sekolah.- myMetro

No comments: